Friday 21 August 2009

Tahniah Sahar dan Takziah Aisyah

Ada dua berita yang ingin kukongsikan di sini. Satu berita gembira dan satu lagi berita kurang gembira.

Bagi berita yang pertama, aku ingin mengucapkan jutaan ucapan tahniah kepada Sdr Sahar dan isterinya Pn Rosmah kerana baru sahaja dianugerahkan seorang cahaya mata. Kelahiran adik kecil ini disambut dengan penuh syukur oleh sahar sekeluarga dua malam yang lalu.

Cahaya mata ini merupakan cahaya mata yang ke lima bagi kedua-dua pasangan tersebut. Seorang srikandi, srikandi Islam yang bakal mewarnai dunia seorang mujahidah. Tahniah, semoga dengan kehadiran si adik kecil ini akan menambahkan taqwa kita kepada Allah. Lebih-lebih lagi dalam suasana kita berpuasa ini.



Sementara itu, berita kurang gembira yang ingin kukongsikan di sini ialah berkenaan dengan seorang sahabta yang ditimpa musibah. Berita ini baru kuterima semalam dan kejadian ini sebenarnya sudah berlaku sejak 3 hari yang lalu.

Aisyah, sahabat saya telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Beliau yang membawa motosikal semasa di kolejnya telah terbabas dan kemalangan. Diberitakan, tangan dan kaki beliau patah. bahu beliau juga mengalami kecederaan.

Sekarang, beliau di tempatkan di hospital di kawasan beliau belajar. Agak mengejutkan, itulah yang boleh aku katakan kali ini. Tapi, begitulah takdir daripada Allah. tiada siapa yang boleh menduga. Semoga ada ibrahnya buat kita semua.

*********************************************

Buat sahabat-sahabat, doakanlah untuk kebaikan mereka berdua di atas. Semoga Allah memberikan yang terbaik buat mereka berdua.

0 comments: