Monday 24 August 2009

Kisah Ramadhan 2: Ramai yang jahil.

Umum di mana sekalipun, masjid ataupun surau akan menjadi sesak dengan kehadiran umat Islam apabila Ramadhan berkunjung. Masjid atau surau akan menjadi semakin sesak dan lebih sesak apabila tiba hari raya. Seolah-olah, masjid atau surau itu hampir pecah dek kerana ramainya manusia yang hadir untuk mendirikan solat sunat hari raya.


Waktu subuh pun menjadi luar biasa apabila Ramadhan menjelang. Jika hari-hari biasa, hanya beberapa orang yang mendirikan solat subuh di masjid, tetapi semasa Ramdhan situasi ini akan berubah. Bahkan kehadiran jemaah di masjid waktu subuh boleh mencecah sehingga 4 ke 5 saf.

Dengan kehadiran jemaah yang ramai ini, maka kita akan lihat banyak kejahilan yang ditonjolkan oleh mereka. Perkara yang kita tidak pernah lihat pun akan muncul ketika ini.

Satu: Kaki tidak dipacakkan semasa sujud

Dua: Duduk tahiyyat akhir semasa imam membaca tahiyyat awal.

Tiga: Rukuk tidak sempurna, ada yang terlalu tunduk, ada yang kurang bongkok.

Empat: Salam ke kiri dan ke kanan dengan disertakan membuka tangan yang tertutup.

Lima: Saf tidak lurus.

Banyak lagi.......

*****************************************

Kehadiran jemaah yang ramai seperti ini seharusnya dimanfaatkan oleh AJK Masjid/Surau dan Ustaz2 kita. AJK Masjid/Surau sebaiknya menyelitkan program tazkirah semasa Solat terawikh diadakan. Waktu inilah, masa yang amat sesuai untuk adakan tazkirah. Janganlah hanya tergesa-gesa untuk menghabiskan solat terawikh itu.

Kita tidak akan dapat menerima kunjungan yang ramai pada bulan-bulan lain. Maka, ambillah manfaat sebaiknya untuk adakan tazkirah dan penerangan tentang Islam.

0 comments: