Saturday 22 August 2009

Kisah Ramadhan 1: Media kita

Semalam merupakan malam pertama bagi Ramadhan Al-Mubarak. Berduyun-berduyun manusia menunaikan Solat Sunat Terawikh di tempat masing-masing dan pada siangnya mereka akan berpuasa. Zakat fitrah juga sudah boleh dibayar bermula hari ini. bagi Negeri Sabah, zakat fitrah berjumlah RM6.60 untuk setiap orang yang bermastautin di negeri ini.

*****************************************

Aku amat bersyukur atas kurniaan Allah ini, dapat dipertemukan dengan Ramadhan sekali lagi. Cuma, aku amat sedih dan sedikit terkilan apabila melihat media yang kita ada sekarang.

Semalam (jumaat-sehari sebelum Ramadhan), aku ada membuka televisyen dan secara tidak sengaja melihat satu rancangan yang sedang disiarkan. Rancangan itu disiarkan sebelum solat jumaat. Tajuk rancangan itu, "Busana Lebaran" di TV2. Aku agak hairan melihat rancangan televisyen yang bercorakkan aidilfitri itu sudah mula disiarkan sebelum Ramadhan bermula lagi. Dengan di latari oleh muzik dan lagu raya, program itu diacarakan oleh seorang pengacara perempuan yang sering mengungkitkan tentang "Hari Raya". Siap ada pertunjukkan fesyen busana muslim lagi.


Jika para pembaca perasan, sebelum daripada hari ini pun sudah ada iklan tentang hari raya. Bagaimana untuk menghias rumah, tukar perabot baru, beli ini dan itu.... dan sebagainya. Semuanya disiarkan di media kita. Radio, televisyen....

Amat menyedihkan, apabila kita di ambang Ramdhan ini sepatutnya berkobar-kobar untuk melakukan amal ibadah tetapi sering dimomokkan dengan Aidilfitri. Sedikit sebanyak ia akan menggugat iman kita.

Apa yang aku utarakan kali ini masih sedikit, sebenarnya ada banyak lagi peranan media yang dilakukan tidak kena pada tempatnya. TERLALU banyak....!!!!

Sebaiknya, media punya peranan besar dalam mendidik umat. Cubalah berubah demi kebaikan umat. Media adalah uslub dakwah yang cukup baik dan berkesan. Ia boleh menembusi pelusuk kampung yang payah untuk dijejaki oleh pendakwah Islam.

Tapi, jika salah digunakan.. beginilah jadinya.

Cukuplah dulu untuk kali ini, nanti aku akan bawakan kisah ramadhan yang seterusnya.

0 comments: