Wednesday 26 August 2009

Selingan: Ujian Minda

Betapa cekapnya anda!!


Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....



Ready? GO!!! (lihat bawah)

Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?






~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~

Jawapan:
Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?


Soalan Kedua:

Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)


Jawapan:
Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi... Jawapanya, ada tetap ni kedudukan no 2. Sebabnya, sebelum anda memotong orang terakhir, orang pertama yang berada didepan anda terlebih dahuhulu memotong orang itu..haha… anda masih kurang bijak…

Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?


Soalan Ketiga:

Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...



Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..








Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.



Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba.

Soalan keempat:


Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!


Okay, cuba jawab soalan bonus:


S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?




Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati


Mudah sahaja.


Sekian..

Selamat bergembira...

Monday 24 August 2009

Kisah Ramadhan 2: Ramai yang jahil.

Umum di mana sekalipun, masjid ataupun surau akan menjadi sesak dengan kehadiran umat Islam apabila Ramadhan berkunjung. Masjid atau surau akan menjadi semakin sesak dan lebih sesak apabila tiba hari raya. Seolah-olah, masjid atau surau itu hampir pecah dek kerana ramainya manusia yang hadir untuk mendirikan solat sunat hari raya.


Waktu subuh pun menjadi luar biasa apabila Ramadhan menjelang. Jika hari-hari biasa, hanya beberapa orang yang mendirikan solat subuh di masjid, tetapi semasa Ramdhan situasi ini akan berubah. Bahkan kehadiran jemaah di masjid waktu subuh boleh mencecah sehingga 4 ke 5 saf.

Dengan kehadiran jemaah yang ramai ini, maka kita akan lihat banyak kejahilan yang ditonjolkan oleh mereka. Perkara yang kita tidak pernah lihat pun akan muncul ketika ini.

Satu: Kaki tidak dipacakkan semasa sujud

Dua: Duduk tahiyyat akhir semasa imam membaca tahiyyat awal.

Tiga: Rukuk tidak sempurna, ada yang terlalu tunduk, ada yang kurang bongkok.

Empat: Salam ke kiri dan ke kanan dengan disertakan membuka tangan yang tertutup.

Lima: Saf tidak lurus.

Banyak lagi.......

*****************************************

Kehadiran jemaah yang ramai seperti ini seharusnya dimanfaatkan oleh AJK Masjid/Surau dan Ustaz2 kita. AJK Masjid/Surau sebaiknya menyelitkan program tazkirah semasa Solat terawikh diadakan. Waktu inilah, masa yang amat sesuai untuk adakan tazkirah. Janganlah hanya tergesa-gesa untuk menghabiskan solat terawikh itu.

Kita tidak akan dapat menerima kunjungan yang ramai pada bulan-bulan lain. Maka, ambillah manfaat sebaiknya untuk adakan tazkirah dan penerangan tentang Islam.

Saturday 22 August 2009

Kisah Ramadhan 1: Media kita

Semalam merupakan malam pertama bagi Ramadhan Al-Mubarak. Berduyun-berduyun manusia menunaikan Solat Sunat Terawikh di tempat masing-masing dan pada siangnya mereka akan berpuasa. Zakat fitrah juga sudah boleh dibayar bermula hari ini. bagi Negeri Sabah, zakat fitrah berjumlah RM6.60 untuk setiap orang yang bermastautin di negeri ini.

*****************************************

Aku amat bersyukur atas kurniaan Allah ini, dapat dipertemukan dengan Ramadhan sekali lagi. Cuma, aku amat sedih dan sedikit terkilan apabila melihat media yang kita ada sekarang.

Semalam (jumaat-sehari sebelum Ramadhan), aku ada membuka televisyen dan secara tidak sengaja melihat satu rancangan yang sedang disiarkan. Rancangan itu disiarkan sebelum solat jumaat. Tajuk rancangan itu, "Busana Lebaran" di TV2. Aku agak hairan melihat rancangan televisyen yang bercorakkan aidilfitri itu sudah mula disiarkan sebelum Ramadhan bermula lagi. Dengan di latari oleh muzik dan lagu raya, program itu diacarakan oleh seorang pengacara perempuan yang sering mengungkitkan tentang "Hari Raya". Siap ada pertunjukkan fesyen busana muslim lagi.


Jika para pembaca perasan, sebelum daripada hari ini pun sudah ada iklan tentang hari raya. Bagaimana untuk menghias rumah, tukar perabot baru, beli ini dan itu.... dan sebagainya. Semuanya disiarkan di media kita. Radio, televisyen....

Amat menyedihkan, apabila kita di ambang Ramdhan ini sepatutnya berkobar-kobar untuk melakukan amal ibadah tetapi sering dimomokkan dengan Aidilfitri. Sedikit sebanyak ia akan menggugat iman kita.

Apa yang aku utarakan kali ini masih sedikit, sebenarnya ada banyak lagi peranan media yang dilakukan tidak kena pada tempatnya. TERLALU banyak....!!!!

Sebaiknya, media punya peranan besar dalam mendidik umat. Cubalah berubah demi kebaikan umat. Media adalah uslub dakwah yang cukup baik dan berkesan. Ia boleh menembusi pelusuk kampung yang payah untuk dijejaki oleh pendakwah Islam.

Tapi, jika salah digunakan.. beginilah jadinya.

Cukuplah dulu untuk kali ini, nanti aku akan bawakan kisah ramadhan yang seterusnya.

Friday 21 August 2009

Tahniah Sahar dan Takziah Aisyah

Ada dua berita yang ingin kukongsikan di sini. Satu berita gembira dan satu lagi berita kurang gembira.

Bagi berita yang pertama, aku ingin mengucapkan jutaan ucapan tahniah kepada Sdr Sahar dan isterinya Pn Rosmah kerana baru sahaja dianugerahkan seorang cahaya mata. Kelahiran adik kecil ini disambut dengan penuh syukur oleh sahar sekeluarga dua malam yang lalu.

Cahaya mata ini merupakan cahaya mata yang ke lima bagi kedua-dua pasangan tersebut. Seorang srikandi, srikandi Islam yang bakal mewarnai dunia seorang mujahidah. Tahniah, semoga dengan kehadiran si adik kecil ini akan menambahkan taqwa kita kepada Allah. Lebih-lebih lagi dalam suasana kita berpuasa ini.



Sementara itu, berita kurang gembira yang ingin kukongsikan di sini ialah berkenaan dengan seorang sahabta yang ditimpa musibah. Berita ini baru kuterima semalam dan kejadian ini sebenarnya sudah berlaku sejak 3 hari yang lalu.

Aisyah, sahabat saya telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Beliau yang membawa motosikal semasa di kolejnya telah terbabas dan kemalangan. Diberitakan, tangan dan kaki beliau patah. bahu beliau juga mengalami kecederaan.

Sekarang, beliau di tempatkan di hospital di kawasan beliau belajar. Agak mengejutkan, itulah yang boleh aku katakan kali ini. Tapi, begitulah takdir daripada Allah. tiada siapa yang boleh menduga. Semoga ada ibrahnya buat kita semua.

*********************************************

Buat sahabat-sahabat, doakanlah untuk kebaikan mereka berdua di atas. Semoga Allah memberikan yang terbaik buat mereka berdua.

Tuesday 18 August 2009

Antara Purdah dan Topeng H1N1

Islam mengajar kaum muslimahnya memakai purdah untuk menutup aurat (ada khilaf dikalangan ulama'). Memang cantik bila memakai purdah. Lihat sahaja contoh-contoh dibawah;






Lantas, ramai yang belajar memakai purdah termasuk mereka di bawah;







Michael Jackson VS Team Lo

Billie Jean by Michael Jackson




Bank Toyyib by Team Lo





Siapa pilihan di hati anda...???

Thursday 13 August 2009

Hanya 2 tahun solat.

1 hari=24jam

Satu TAHUN ?
12 bulan
52 minggu
365 hari

8 760 jam
525 600 minit

31 536 000 saat


Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 tahun-70 tahun (majoriti) Puratanya manusia meninggal -+65 tahun

Baligh: Bermulanya diperhitungkan amal seseorang sam
ada baik atau buruknya selama hidup di dunia.
Lelaki baligh : -+ 15 tahun

Wanita baligh : -+ 12 tahun

Usia yang ada untuk kita beribadah kepada Allah SWT, puratanya:

Mati – Baligh = Baki usia = 65 - 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?


Catatan:

50 tahun= 18 250 hari= 438 000 jam

Gambaran Kasar:


Waktu kita tidur -+8 jam setiap hari:

Dalam 50 tahun waktu yang habis digunakan untuk tidur sahaja 18 250 hari x 8 jam= 146 000 jam= 16 tahun 7 bulan, dibundarkan jadi 17 tahun.


Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis digunakan untuk tidur, padahal kita akan 'ditidurkan' untuk tempoh yang agak lama sebelum menemui Allah Swt.

Waktu aktiviti kita di siang hari -+ 12 jam;

Dalam 50 tahun waktu yang habis digunakan untuk aktiviti:

18 250 hari x 12 jam= 219 000 jam = 25 tahun denga
n aktiviti

Aktiviti di siang hari: Ada yang bekerja, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, tengok movie, chatting, skodeng, merempit, mencuri dan banyak lagi.


Waktu rehat -+4 jam;

Dalam 50 tahun waktu yang digunakan untuk rehat 18 250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung dibuai khayalan……


17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud;


“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.

Kita tidak menafikan, memang benar.. Menuntut ilmu
itu ibadah, kalau niatnya semata-mata kerana Allah, tetapi kebanyakkanya orang belajar agar mudah mencari pekerjaan.

Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah endapatan kita, kita tidak akan belajar..

Kita juga tidak menafikan, memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “

Jadi, bila nak beribadah???

Ermm..mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…!

Kerana kita fikir, solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…

Benarkah solat kita itu sudah mencukupi dan diterima !!?


Berapa banyak solat kita dalam masa 50 tahun???

1 Waktu Solat = -+ 10 minit ….. 5x solat = -+ 1 jam(-+solat sunat)

Dalam masa 50 tahun waktu yang digunakan untuk solat = 18 250 hari x 1 jam =18 250 jam= 2 tahun


Kesimpulan:

Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia c
uma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10 minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..???)

2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna, berpahala dan diterima.


Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun, dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris perasaan/hati orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir,
dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa.

Logiknya:

Bukan satu perkara yang mustahil buat kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian.

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana.


Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat. Wawasan kita Akhirat!!!


"Setiap Anak Adam akan melakukan kesilapan(dosa), dan sebaik-baik mereka yang berdosa adalah mereka yang bertaubat."

"Sesungguhnya dunia itu diciptakan untuk kamu, dan kamu diciptakan untuk Akhirat."

Wednesday 12 August 2009

Manusia mudah lupa.

Seramai 15 juta orang meninggalkan secawan teh sehingga sejuk hari ini, sementara kira-kira jumlah penduduk dunia yang sama akan terlupa di mana mereka meletakkan kunci kereta atau rumah.

sekadar hiasan

Manakala 12 juta lagi pergi ke kedai dan betul-betul lupa apa yang perlu dibeli. Jumlah manusia yang sama juga akan lupa mengenai pakaian basah dalam mesin basuh, menurut kajian yang dijalankan oleh National-Lottery. co.uk.

Nombor PIN, kata laluan dan kerja rumah seperti mengeluarkan makanan sejuk daripada peti ais malam sebelumnya dan mengecas telefon bimbit juga merupakan antara yang tersenarai dalam kajian itu.

Kajian sama juga mendapati lelaki lebih berkemungkinan lupa mengenai sesuatu berbanding wanita - walaupun kaum hawa secara amnya mempunyai lebih banyak perkara yang perlu diingati.

Jurucakap National Lottery berkata, orang British lebih sibuk kini dengan pekerjaan dan kehidupan peribadi, jadi kita mempunyai terlalu banyak untuk disimpan dalam minda yang terlalu berserabut.

"Gaya hidup moden yang sibuk, peningkatan bebanan kerja dan tekanan turut memainkan peranan. Namun teknologi moden seperti komputer, telefon membantu kita mengingati perkara penting setiap hari," katanya.

Kajian juga menunjukkan, ramai orang sering terlupa temujanji penting, nama kawan lama, anak sendiri, tarikh ulang tahun sendiri dan pasangan serta ulang tahun perkahwinan.

ANTARA YANG PALING DILUPA

Membiarkan secawan teh sehingga sejuk

Di mana anda letakkan kunci

Untuk apa anda ke kedai

Pakaian basah di dalam mesin basuh

Mengecas telefon bimbit / iPod

Di mana anda letakkan kenderaan

Menyiram pokok bunga

Umur sendiri

Membeli susu

Mengunci kereta

Di mana anda letakkan dompet

Segerakanlah bertaubat

Beruntunglah orang-orang yang diberikan hidayah oleh Allah dan mereka segera bertaubat apabila melakukan dosa. Allah amat suka akan hambanya yang rajin bertaubat apabila melakukan dosa.

Maha Besar kurniaan Allah...!!!

Selagi nafas ada di rongga, jantung terus berdegup Allah tetap akan mengampunkan dosa hambaNya. Sekalipun ia sebesar dunia dan segala isinya.

Amat beruntunglah anak muda yang hatinya hanya kerana Islam. Setiap denyut nadinya, helaan nafasnya, gerak langkahnya.. dia pasti akan mengingati Allah. Allah ada dalam jiwanya. Jiwanya hanya untuk Allah.

***************************************

Aku pernah bertemu dengan seorang tua. Dia bercerita tentang masa mudanya. Katanya, dia banyak buat dosa. Semua perkara jahat pernah dibuatnya. Mencuri, minum arak, Hisap ganja, banyak lagi...

Tentang Islam, sedikit pun tidak dipedulinya. Hanya yang dia tahu, solat pada hari raya. Itu sahaja..!! Itupun, kalau dinilai apa yang dilakukannya itu..masih tidak betul. Orang lain solat dua rakaat, dia ikut. Orang lain pakai baju melayu, dia ikut.. Sedikit pun dia tidak faham apa yang dilakukannya.

Katanya, dia amat rugi kerana tidak bertaubat lebih awal, dan rasa amat menyesal tentang semua itu.

Dia menasihatkan aku agar jangan ikuti jejak langkahnya. Aku melihat kekesalan di wajahnya.

Aku katakan padanya bahawa dia sudah cukup beruntung kerana Allah masih sayang padanya. Allah beri dia hidayah lebih awal untuk dia bertaubat. Kataku, selagi nafasnya ada.. Allah tetap akan menerima taubatnya. Ada orang lain yang kuat buat maksiat dan Allah tidak berikan dia petunjuk untuk bertaubat. Kemudian dia mati dalam kemaksiatan. Kasihan dia...

Dia tersenyum mendengar penjelasanku...

**************************************

Wahai saudara, segerakanlah bertaubat. Jangan tangguh taubat kita.



Saturday 1 August 2009

Aku impikan isteri yang solehah

Aku impikan isteri yang beriman dan solehah. Moga dia mampu menjadi penyejuk mataku seperti yang diajarkan oleh Nabi muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadithnya, "sebaik-baik perhiasan di dunia itu ialah isteri solehah".

Aku impikan isteri yang solehah. Persis seperti puisi Rhoma Irama yang didendangkannya bersama Soneta Group dalam lagu mereka yang bertajuk "Saleha".

Begini puisinya;

Saleha

"Setiap keindahan perhiasan dunia,
Hanya isteri saleha perhiasan terindah,


Setiap keindahan yang tampak oleh mata,
Itulah perhiasan perhiasan dunia,
Namun yang paling indah di antara semua,
Hanya isteri saleha,
Isteri yang saleha…


Hanya isteri yang beriman bisa dijadikan teman
Dalam tiap kesusahan selalu jadi hiburan


Hanya isteri yang saleha yang punya cinta sejati,
Yang akan tetap setia dari hidup sampai mati,
Bahkan sampai hidup lagi"


Baguskan puisinya?

Ini aku titipkan lagu "Saleha" yang dinyanyikan dan dirakamkan oleh Rhoma Irama bersama Soneta Group;