Friday 25 September 2009

Aidilfitri umpama Depavali, Tahun Baru Cina dan Krismas.

Posting kali ini ringkas sahaja.


1- Aidilfitri umpama Deepavali sebab aku tengok ramai yang pasang pelita di sekitar rumah dorang. Maka bercahayalah sekitar rumah dengan pelita-pelita ini. Betul-betul macam Deepavali. Nasib baik dorang tak buat swastika....

2- Aidilfitri umpama Tahun Baru Cina sebab aku tengok dah ramai yang bagi duit raya kepada budak-budak yang datang berhari raya ke rumah dorang. Bezanya, dorang guna sampul warna hijau. Kalau guna yang merah, betul-betul sebijik....

3- Aidilfitri umpama Krismas. Tuan-tuan perasan tidak dengan lampu-lampu yang berkelip-kelip disekitar kita. Banyak dipasang di rumah-rumah. Ada lagi yang lebih genius, siap pasang di pokok lagi....!!! Betul-betul macam pokok krismas la.......

Mungkin pelancong asing dah bingung dengan suasana Hari Raya di Malaysia ni.... Aidilfitri, tapi umpama Depavali, Tahun Baru Cina dan Krismas.

Tuesday 22 September 2009

Takziah buat Sdr Wahid atas pemergian Ayah tercinta.

Ayah Sdr Wahid terlibat dalam satu kemalangan pada satu Syawal yang lalu. Kejadian yang amat tragis itu berlaku di depan mata Sdr Wahid selepas selesai menziarahi saudara mereka di sini hari itu.

Diceitakan oleh Sdr Wahid, Almarhum bersama beliau, ibu dan keluarga beliau termasuk 4 orang anak sedang melintas jalan. Tiba-tiba, tanpa disedari sebuah kereta meluru ke arah mereka dengan laju. Pada ketika itu, Sdr Wahid sedang melintas di tengah jalan bersama isteri dan tiga orang anak. Sementara itu, Ayah beliau yang mendukung anak kedua beliau sedang berdiri di pembahagi jalan dan bersedia untuk melintas.

Kereta yang meluru laju itu telah mengelak daripada melanggar Sdr Wahid sekeluarga dan menuju kearah Almarhum berdiri. Malang tidak berbau, Almarhum dilanggar dengan kuat pada ketika itu juga. Almarhum terhumban ke atas dan mendarat ke jalan dalam keadaan kepala mencecah jalan dahulu. Sdr Wahid juga sempat melihat anak yang didukung oleh Almarhum turut terpelanting.

Semua kejadian ini sempat disaksikan oleh Sdr Wahid melalui mata kepala beliau sendiri.

Dalam keadaan kelang kabut itu, Sdr Wahid dan keluarga yang lain mencari anak yang terpelanting tadi. Ke longkang, jalan dicari.... Dalam keadaan yang panik, Sdr Wahid dan keluarga tidak menemui anak yang dicari. Akhirnya, anak Sdr Wahid ditemui di dalam kereta orang yang melanggar tadi.

Setelah semua tiba di hospital, Almarhum telah menemuai ajal dan anak Sdr Wahid masih dirawat di hospital.

Sungguh menyayat hati.

Buat pengetahuan semua, kawasan kemalangan itu merupakan kawasan kampung Had laju maksima hanya 30 ke 40 km/j sahaja. Kes ini telah dibawa ke mahkamah dan pemandu yang cuai itu bakal dibicarakan.

*************************************

Semoga beliau sekeluarga sentiasa tabah menghadapi dugaan Allah ini.

Marilah sama-sam kita sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum...

Al-Fatihah...

Thursday 10 September 2009

Kisah Ramadhan 4: Lailatul Qadar

Malam ini bermulanya pencarian malam Lailatul Qadar bagi mereka yang merindukan pahala untuk 1000 bulan. Barang siapa yang beribadat pada malamnya, akan diganjarkan seolah-olah dia beribadat sebanyak 1000 bulan lamanya.

Wah, hebat sungguh ganjaran Allah ini...!!! Atas matlamat inilah, maka misi untuk mencari malam lailatul qadar diadakan.


Pelbagai kaedah telah di praktis oleh kebanyakan orang. Ada yang hanya beribadat pada malam-malam ganjil, ada yang iktikaf di masjid, berzikir pada malamnya dan banyak lagi. Masa aku kecil-kecil dulu...biasa aku dengar orang kata pada malam lailatul qadar, ada berlaku benda-benda pelik.

Contohnya; pokok sujud, bila buka pili air...keluar wangian, pokok berbuah emas dan pelbagai lagi..

Mengarut semua itu....!!! Akhirnya, jika tuan-tuan bercadang untuk memburu malam lailatul qadar, beribadatlah pada setiap 10 malam terakhir. Jangan hanya memilih malam-malam yang ganjil ataupun kaedah lain. Dibimbangi, lailatul qadar itu jatuh pada malam yang genap.

Rugi kita..!!!

Tuesday 1 September 2009

Kisah Ramadhan 3: Tarawih; antara 8 dan 20

Beberapa hari yang lalu saya disapa oleh seorang adik di kampung. Dia bertanyakan tentang bilangan rakaat dalam Solat Tarawih. Lebih kurang begini dialognya;

"Bang, bolehkah Solat Tarawih 8 rakaat..?, " Kata seorang adik.

"Boleh," jawabku.

"Kalau buat 20 rakaat..?, " Tanya adik itu lagi.

"Berapa-berapa pun boleh, 8 pun boleh, 20 pun boleh, 4 pun boleh, 36 pun boleh.... asalkan kita ikhlas, " Jawabku lagi.

"Solat tarawih tidak dibatasi jumlah rakaatnya secara wajib. Jika kamu mahu solat sepanjang malam pun boleh," Tambahku...

Berdasarkan sabda Rasulullah shallawahu ‘alaihi wasallam :

عن ابن عمر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " صلاة الليل مثنى مثنى فإذا خشي أحدكم الصبح صلى ركعة واحدة توتر له ما قد صلى "

Dari Ibnu Umar radhiallahu anhu berkata : Rasulullah shallawahu ‘alaihi wasallam bersabda : “ sholat malam itu dua, dua maka apabila salah seorang dari kalian kuatir datangnya waktu subuh, hendaklah dia solat satu rakaat untuk mengganjilkan rakat yang telah dia solatkan“. HR Bukhari dan Muslim.

**************************************


Masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Sandakan sekarang mengadakan Solat Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat. Namun demikian, ramai jemaah yang hadir lebih gemar untuk mendirikan solat tarawih sebanyak 8 rakaat. Sehinggakan apabila selesai 8 rakaat, masjid/surau yang tadi penuh dengan jemaah semakin berkurangan kepada separuh. Bahkan ada yang tinggal beberapa saf sahaja (lebih kurang 30% daripda jemaah asalnya).

Apabila keadaan ini berlaku, ada terdengarlah rungutan-rungutan daripada AJK Masjid, Majlis Agama dan sebagainya.

Agama Islam umpama perniagaan/produk. Da'ie adalah peniaga, dan mad'u adalah pembeli/pelanggan. Bagaimana kehendak pelanggan, begitulah yang sepatutnya peniaga lakukan selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam.

Dalam konteks ini, apa salahnya jika Majlis Agama mewajibkan semua masjid/surau untuk mendirikan Solat Tarawih hanya 8 Rakaat dengan sedikit tambahan.

Maksudnya begini, 8 Rakaat itu didirikan dengan bacaan-bacaan yang lebih panjang sedikit. Kemudian, selepas rakaat ke 4 sampaikanlah sedikit tazkirah dalam 3 ke 5 minit.

Saya fikir, kaedah seperti ini lebih baik. Disamping kita solat tarawih, kita juga akan mendengar tazkirah. Bukan selalu masjid/surau mendapat tetamu yang ramai seperti bulan Ramadhan ini.

Berbanding jika solat 20 rakaat, akan ada timbul perbezaan dikalangan jemaah. Bahkan ada imam-imam yang membaca al-fatihah dengan kelang-kabut sehingga merosakkan solat. Rugi kita...!!!

Fikir-fikirkanlah.