Wednesday 12 August 2009

Segerakanlah bertaubat

Beruntunglah orang-orang yang diberikan hidayah oleh Allah dan mereka segera bertaubat apabila melakukan dosa. Allah amat suka akan hambanya yang rajin bertaubat apabila melakukan dosa.

Maha Besar kurniaan Allah...!!!

Selagi nafas ada di rongga, jantung terus berdegup Allah tetap akan mengampunkan dosa hambaNya. Sekalipun ia sebesar dunia dan segala isinya.

Amat beruntunglah anak muda yang hatinya hanya kerana Islam. Setiap denyut nadinya, helaan nafasnya, gerak langkahnya.. dia pasti akan mengingati Allah. Allah ada dalam jiwanya. Jiwanya hanya untuk Allah.

***************************************

Aku pernah bertemu dengan seorang tua. Dia bercerita tentang masa mudanya. Katanya, dia banyak buat dosa. Semua perkara jahat pernah dibuatnya. Mencuri, minum arak, Hisap ganja, banyak lagi...

Tentang Islam, sedikit pun tidak dipedulinya. Hanya yang dia tahu, solat pada hari raya. Itu sahaja..!! Itupun, kalau dinilai apa yang dilakukannya itu..masih tidak betul. Orang lain solat dua rakaat, dia ikut. Orang lain pakai baju melayu, dia ikut.. Sedikit pun dia tidak faham apa yang dilakukannya.

Katanya, dia amat rugi kerana tidak bertaubat lebih awal, dan rasa amat menyesal tentang semua itu.

Dia menasihatkan aku agar jangan ikuti jejak langkahnya. Aku melihat kekesalan di wajahnya.

Aku katakan padanya bahawa dia sudah cukup beruntung kerana Allah masih sayang padanya. Allah beri dia hidayah lebih awal untuk dia bertaubat. Kataku, selagi nafasnya ada.. Allah tetap akan menerima taubatnya. Ada orang lain yang kuat buat maksiat dan Allah tidak berikan dia petunjuk untuk bertaubat. Kemudian dia mati dalam kemaksiatan. Kasihan dia...

Dia tersenyum mendengar penjelasanku...

**************************************

Wahai saudara, segerakanlah bertaubat. Jangan tangguh taubat kita.



0 comments: