Wednesday 25 November 2009

Esok, jom puasa sunat.

Esok hari khamis 26 November 2009 bersamaan 9 Zulhijjah 1430H, sunat untuk kita berpuasa sunat sempena hari Arafat.

Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Hhji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang”
(Riwayat Imam Muslim).

Apa lagi, jom puasa.

Wednesday 18 November 2009

Remaja Sandakan 2008

Video ini sahabatku buatkan sempena program kami hujung tahun lalu. Gambar-gambar, aku yang usahakan. Semua diambil semasa aku dan sahabat-sahabat turun padang ke Bandar Sandakan semasa adik-adik pelajar baru tamat Peperiksaan SPM 2008. 3 Disember 2008, itulah harinya.

Selain dapat menyelami hati dan perasaan adik-adik masa itu, banya k pengajaran yang dapat kami ambil daripada mereka.

Terima kasih buat kamal, sharul fasta, bola, slay, alma & maje atas kerjasama anda.

Saksikanlah video ini.




Insya'Allah, aktiviti seperti ini akan kami teruskan pada hujung SPM nanti. Aku dan Kamal sudah beri komitmen untuk menjayakannya.

Wednesday 11 November 2009

Tanah

Petang tadi selepas asar aku dan sahabatku, Kamal bertemu dengan seorang imam masjid di kawasan Sandakan ini. Sekadar untuk bertegur dan berbincang sesuatu.


Diringkaskan cerita, selepas perbincangan utama.. Tuan Imam mengalihkan cerita kepada isu 1 Borneo yang berada di Bandaraya Kota Kinabalu. Isu yang dibangkitkan adalah berkenaan sedikit salah guna kuasa yang berlaku di situ. Dikatakan, perjanjian asal antara United Sabah Islamic Association (USIA) dengan pihak pengurusan 1 Borneo ada sedikit kecacatan dan mengundang kontroversi.


Bangunan USIA yang dijanjikan sebelum ini tidak menepati spesifikasi yang dibincangkan sebelum ini. Lebih-lebih lagi, kawasan 1 Borneo kini merupakan kawasan yang penuh dengan maksiat.


Menurut sumber, tanah di kawasan 1 Borneo wujud sekarang merupakan tanah milik USIA.


Kesimpulannya, banyak perjanjian asal antara USIA dan 1 Borneo tidak dipatuhi dan ada isu-isu lain yang timbul. Hal ini juga ada melibatkan beberapa nama besar, seperti yang diceritakan oleh Tuan Imam tadi.


Hemm.... cukupla dulu.


Ada satu lagi cerita yang ingin kubawakan kepada pembaca. Tapi, masa tidak mengizinkan. nanti akan ku "publish" kan pada posting seterusnya.



Mari Kita Boikot Yahudi


p/s : Thanx to Haris Gopenhagen