Sunday 20 June 2010

Ada apa pada gambar


Agak lama aku tidak menulis dalam blog ini. Cuma kali ini aku terpanggil untuk menulis berdasarkan gambar di atas.

Gambar di atas aku ambil pada hari Ahad semasa hendak ke Pasar Tamu Minggu di Sandakan untuk edar riasalah bantah judi bola bersama sahabat-sahabatku. Kebetulan semasa minum pagi sebelum ke pasar tamu hari itu, situasi ini dirakamkan. Tarikh dan masanya ada tercatat seperti di atas.

Akhirnya, aku siarkan gambar ini ke dalam facebook ku. Aku juga buatkan satu album untuk situasi ini di dalam facebook tersebut. Seperti biasa, aku tag kan beberapa nama untuk mendapat respon. Aku menerima respon yang pro dan kontra. Terima kasih semua. Cuma satu yang ingin kujelaskan di sini, aku siarkan gambar ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, jauh sekali pak cik-pak cik yang berada dalam gambar itu. Apa-apa pun, aku minta maaf banyak-banyak kepada semua yang terlibat dalam usaha ini.

***********************************************************

Niat asalku dengan menyiarkan gambar ini untuk memberi sedikit gambaran kepada semua yang melihat bahawa di Sandakan ini umat Islam tidak segan silu makan @ minum di kedai-kedai cina yang belum tentu jelas tentang kehalalannya. Persoalannya bukan segan silu. Tapi kesedaran dan tahap keimananan itu yang rendah.

Aku tidak nafikan faktor iman & ilmu itu juga menyumbang, namun aku agak kesal dengan jabatan agama yang sepatutnya mengambil serius hal ini tidak berbuat yang sepatutnya. Mereka lebih sibuk menguruskan urusan kahwin cerai umat Islam di bumi Sandakan ini, walaupun dengan pengurusan yang agak lemah.

Ya, memang lemah. Pergi sajalah ke pejabat Jabatan Agama di Sandakan ini. Anda pasti akan menerima layanan yang agak mengecewakan. Wajarlah mereka tidak dapat menyampaikan agenda penerangan yang jelas kepada umat Islam di Sandakan ini.

Dalam hal ini, pihak jabatan agama dan kita semua perlu mengambil tindakan masing-masing bagi membantu umat islam yang lain daripada menjadi mangsa kekeliruan ini. Jelaskan, cakap dan sampaikan apa sahaja yang patut agar peranan kita sebagai individu muslim itu sudah terlepas. Apa yang lebih penting, wujudkan kesedaran dalam diri, keluarga dan masyarakat sekeliling untuk sensitif terhadap isu seperti ini.

Fikir-fikirkanlah.

Sekian.