Wednesday 21 July 2010

Siapa tuhanmu : Ust Das'ad, Pak Menteri atau Allah..?

Tengahari kemarin (20 Julai 2010) aku sempat solat zohor di Musolla Saidina Ali Bin Abi Talib di Taman Mesra, Batu 4, Sandakan. Memang sengaja kau ke solat zohor di sana kerana ajakan seorang sahabat. Dia ajak aku kerana ada Ust Das'ad Latif bagi ceramah di situ selepas solat nanti.

Sehari sebelum itu, Ust Das'ad ada bagi ceramah di Masjid Gum Gum. Ada sahabatku yang dari kampung sanggup ke sana untuk mendengar ceramahnya. Diberitakan dan aku saksikan sendiri, pendengar yang datang sangat ramai. Penuh satu masjid dan musolla. Bahkan melimpah sampai ke luar.

Daripada yang lelaki hingga yang perempuan.

Daripada yang solat hingga yang tidak solat.

Daripada yang tutup aurat hingga yang terbuka aurat.

Semuamnya datang ke masjid kerana Ust Das'ad.

Situasi ini biasa terjadi di kampung saya jika seorang Pak Menteri datang ke masjid kami. Musa Aman namanya. Penuh satu masjid. Supaya dapat peruntukan la tu. Ada yang datang untuk tunjuk muka. Kononnya sokong Musa Aman. Yang tidak pernah datang pun, datang juga masa itu.

Begitulah aura Ust Das'ad dan Pak Mentri berkenaan.

Persoalannya sekarang, kenapa kalau tiada Ust Das'ad atau Pak Menteri itu orang-orang yang tertentu ini tidak datang ke masjid??? Siapa tuhan mereka???

Ust Das'ad,
Pak Menteri,
atau
Allah...???

Kalaulah mereka semua ikhlas dalam beribadat, tidak perlu Ust Das'ad datang ke Sandakan dan tidak perlu Musa Aman datang ke masjid di Kampung Rancangan Sungai Manila itu. Hanya "IKHLAS" lah yang dapat membezakan hamba Allah yang betul-betul mahu mengabdikan diri kepada Allah.

Tidak perlu tunggu "orang-orang popular" datang ke masjid baru kita bergegas hendak ke masjid. Ini hipokrit namanya.

Thursday 8 July 2010

Sedangkan anjing pun mengerti.

Tadi semasa aku pulang daripada Bandar Sandakan aku bertemu dengan seekor anjing yang ingin melintas. Ku bimbangi anjing itu melintas jalan, aku pun menghon anjing itu. Dia mengerti, lalu berhenti daripada melintas.


Lalu terlintas difikiranku betapa anjing itu mengerti apabila aku menegahnya (dengan bunyikan hon) daripada melintas. Berbeza dengan manusia yang selalu dan sudah diberi peringatan, namun masih melakukan maksiat. Banyak ayat-ayat al-quran yang menegah manusia daripada melakukan maksiat, namun manusia masih melakukan maksiat. Amaran keras, lembut dan pelbagai peringatan lain.

Di dalam Al-Quran, daripada pesanan Nabi Muhammad SAW, ulamak dan ramai lagi. Manusia tetap melakukan dosa dan maksiat.


Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (Surah Al-Baqarah : Ayat 168)


(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)". (Surah Ali Imran ; Ayat 8)


Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (Surah Al-Isra' : Ayat 32)



Betapa bebalnya manusia itu. Sedangkan anjing pun mengerti, inikan pula manusia yang dikurniakan akal.


Rupanya jika kita teliti ayat-ayat Allah, wajarlah manusia seperti itu. Rupanya ada ciri-ciri tertentu yang dimiliki oleh manusia-manusia ini sehingga mereka sanggup melakukan maksiat.


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al-A'raf : Ayat 179)


Mudah-mudahan kita dilindungi oleh Allah daripada menjadi lebih hina daripada binatang ternak lebih-lebih lagi anjing.