Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, 22 September 2009

Takziah buat Sdr Wahid atas pemergian Ayah tercinta.

Ayah Sdr Wahid terlibat dalam satu kemalangan pada satu Syawal yang lalu. Kejadian yang amat tragis itu berlaku di depan mata Sdr Wahid selepas selesai menziarahi saudara mereka di sini hari itu.

Diceitakan oleh Sdr Wahid, Almarhum bersama beliau, ibu dan keluarga beliau termasuk 4 orang anak sedang melintas jalan. Tiba-tiba, tanpa disedari sebuah kereta meluru ke arah mereka dengan laju. Pada ketika itu, Sdr Wahid sedang melintas di tengah jalan bersama isteri dan tiga orang anak. Sementara itu, Ayah beliau yang mendukung anak kedua beliau sedang berdiri di pembahagi jalan dan bersedia untuk melintas.

Kereta yang meluru laju itu telah mengelak daripada melanggar Sdr Wahid sekeluarga dan menuju kearah Almarhum berdiri. Malang tidak berbau, Almarhum dilanggar dengan kuat pada ketika itu juga. Almarhum terhumban ke atas dan mendarat ke jalan dalam keadaan kepala mencecah jalan dahulu. Sdr Wahid juga sempat melihat anak yang didukung oleh Almarhum turut terpelanting.

Semua kejadian ini sempat disaksikan oleh Sdr Wahid melalui mata kepala beliau sendiri.

Dalam keadaan kelang kabut itu, Sdr Wahid dan keluarga yang lain mencari anak yang terpelanting tadi. Ke longkang, jalan dicari.... Dalam keadaan yang panik, Sdr Wahid dan keluarga tidak menemui anak yang dicari. Akhirnya, anak Sdr Wahid ditemui di dalam kereta orang yang melanggar tadi.

Setelah semua tiba di hospital, Almarhum telah menemuai ajal dan anak Sdr Wahid masih dirawat di hospital.

Sungguh menyayat hati.

Buat pengetahuan semua, kawasan kemalangan itu merupakan kawasan kampung Had laju maksima hanya 30 ke 40 km/j sahaja. Kes ini telah dibawa ke mahkamah dan pemandu yang cuai itu bakal dibicarakan.

*************************************

Semoga beliau sekeluarga sentiasa tabah menghadapi dugaan Allah ini.

Marilah sama-sam kita sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum...

Al-Fatihah...

Friday, 21 August 2009

Tahniah Sahar dan Takziah Aisyah

Ada dua berita yang ingin kukongsikan di sini. Satu berita gembira dan satu lagi berita kurang gembira.

Bagi berita yang pertama, aku ingin mengucapkan jutaan ucapan tahniah kepada Sdr Sahar dan isterinya Pn Rosmah kerana baru sahaja dianugerahkan seorang cahaya mata. Kelahiran adik kecil ini disambut dengan penuh syukur oleh sahar sekeluarga dua malam yang lalu.

Cahaya mata ini merupakan cahaya mata yang ke lima bagi kedua-dua pasangan tersebut. Seorang srikandi, srikandi Islam yang bakal mewarnai dunia seorang mujahidah. Tahniah, semoga dengan kehadiran si adik kecil ini akan menambahkan taqwa kita kepada Allah. Lebih-lebih lagi dalam suasana kita berpuasa ini.



Sementara itu, berita kurang gembira yang ingin kukongsikan di sini ialah berkenaan dengan seorang sahabta yang ditimpa musibah. Berita ini baru kuterima semalam dan kejadian ini sebenarnya sudah berlaku sejak 3 hari yang lalu.

Aisyah, sahabat saya telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Beliau yang membawa motosikal semasa di kolejnya telah terbabas dan kemalangan. Diberitakan, tangan dan kaki beliau patah. bahu beliau juga mengalami kecederaan.

Sekarang, beliau di tempatkan di hospital di kawasan beliau belajar. Agak mengejutkan, itulah yang boleh aku katakan kali ini. Tapi, begitulah takdir daripada Allah. tiada siapa yang boleh menduga. Semoga ada ibrahnya buat kita semua.

*********************************************

Buat sahabat-sahabat, doakanlah untuk kebaikan mereka berdua di atas. Semoga Allah memberikan yang terbaik buat mereka berdua.

Thursday, 13 August 2009

Hanya 2 tahun solat.

1 hari=24jam

Satu TAHUN ?
12 bulan
52 minggu
365 hari

8 760 jam
525 600 minit

31 536 000 saat


Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 tahun-70 tahun (majoriti) Puratanya manusia meninggal -+65 tahun

Baligh: Bermulanya diperhitungkan amal seseorang sam
ada baik atau buruknya selama hidup di dunia.
Lelaki baligh : -+ 15 tahun

Wanita baligh : -+ 12 tahun

Usia yang ada untuk kita beribadah kepada Allah SWT, puratanya:

Mati – Baligh = Baki usia = 65 - 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?


Catatan:

50 tahun= 18 250 hari= 438 000 jam

Gambaran Kasar:


Waktu kita tidur -+8 jam setiap hari:

Dalam 50 tahun waktu yang habis digunakan untuk tidur sahaja 18 250 hari x 8 jam= 146 000 jam= 16 tahun 7 bulan, dibundarkan jadi 17 tahun.


Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis digunakan untuk tidur, padahal kita akan 'ditidurkan' untuk tempoh yang agak lama sebelum menemui Allah Swt.

Waktu aktiviti kita di siang hari -+ 12 jam;

Dalam 50 tahun waktu yang habis digunakan untuk aktiviti:

18 250 hari x 12 jam= 219 000 jam = 25 tahun denga
n aktiviti

Aktiviti di siang hari: Ada yang bekerja, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, tengok movie, chatting, skodeng, merempit, mencuri dan banyak lagi.


Waktu rehat -+4 jam;

Dalam 50 tahun waktu yang digunakan untuk rehat 18 250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung dibuai khayalan……


17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud;


“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.

Kita tidak menafikan, memang benar.. Menuntut ilmu
itu ibadah, kalau niatnya semata-mata kerana Allah, tetapi kebanyakkanya orang belajar agar mudah mencari pekerjaan.

Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah endapatan kita, kita tidak akan belajar..

Kita juga tidak menafikan, memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “

Jadi, bila nak beribadah???

Ermm..mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…!

Kerana kita fikir, solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…

Benarkah solat kita itu sudah mencukupi dan diterima !!?


Berapa banyak solat kita dalam masa 50 tahun???

1 Waktu Solat = -+ 10 minit ….. 5x solat = -+ 1 jam(-+solat sunat)

Dalam masa 50 tahun waktu yang digunakan untuk solat = 18 250 hari x 1 jam =18 250 jam= 2 tahun


Kesimpulan:

Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia c
uma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10 minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..???)

2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna, berpahala dan diterima.


Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun, dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris perasaan/hati orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir,
dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa.

Logiknya:

Bukan satu perkara yang mustahil buat kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian.

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana.


Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat. Wawasan kita Akhirat!!!


"Setiap Anak Adam akan melakukan kesilapan(dosa), dan sebaik-baik mereka yang berdosa adalah mereka yang bertaubat."

"Sesungguhnya dunia itu diciptakan untuk kamu, dan kamu diciptakan untuk Akhirat."

Wednesday, 12 August 2009

Manusia mudah lupa.

Seramai 15 juta orang meninggalkan secawan teh sehingga sejuk hari ini, sementara kira-kira jumlah penduduk dunia yang sama akan terlupa di mana mereka meletakkan kunci kereta atau rumah.

sekadar hiasan

Manakala 12 juta lagi pergi ke kedai dan betul-betul lupa apa yang perlu dibeli. Jumlah manusia yang sama juga akan lupa mengenai pakaian basah dalam mesin basuh, menurut kajian yang dijalankan oleh National-Lottery. co.uk.

Nombor PIN, kata laluan dan kerja rumah seperti mengeluarkan makanan sejuk daripada peti ais malam sebelumnya dan mengecas telefon bimbit juga merupakan antara yang tersenarai dalam kajian itu.

Kajian sama juga mendapati lelaki lebih berkemungkinan lupa mengenai sesuatu berbanding wanita - walaupun kaum hawa secara amnya mempunyai lebih banyak perkara yang perlu diingati.

Jurucakap National Lottery berkata, orang British lebih sibuk kini dengan pekerjaan dan kehidupan peribadi, jadi kita mempunyai terlalu banyak untuk disimpan dalam minda yang terlalu berserabut.

"Gaya hidup moden yang sibuk, peningkatan bebanan kerja dan tekanan turut memainkan peranan. Namun teknologi moden seperti komputer, telefon membantu kita mengingati perkara penting setiap hari," katanya.

Kajian juga menunjukkan, ramai orang sering terlupa temujanji penting, nama kawan lama, anak sendiri, tarikh ulang tahun sendiri dan pasangan serta ulang tahun perkahwinan.

ANTARA YANG PALING DILUPA

Membiarkan secawan teh sehingga sejuk

Di mana anda letakkan kunci

Untuk apa anda ke kedai

Pakaian basah di dalam mesin basuh

Mengecas telefon bimbit / iPod

Di mana anda letakkan kenderaan

Menyiram pokok bunga

Umur sendiri

Membeli susu

Mengunci kereta

Di mana anda letakkan dompet