Monday 13 December 2010

Salah mendidik anak.


  1. Aku belum berkahwin lagi dan mungkin tidak layak untuk memberikan pandangan dalam isu ini. Namun, jiwa mudaku memanggil untuk menulisnya juga lantaran melihat suasana masyarakat yang semakin jauh daripada lunas yang sewajibnya diikuti. Lebih menyedihkan lagi apabila melihat masyarakat yang menjuarai isu "salah mendidik anak" ini dipelopori oleh umat Islam iaitu saudaraku sendiri.
  2. Hari ini, kita agak terkejut apabila melihat ibu bapa boleh menangis apabila anak-anak mereka tersingkir daripada pertandingan realiti TV seperti AF, Mentor, Pilih Kasih, Bintang RTM dan sebagainya. Para pembaca sudah semestinya tahu tentang program-program ini. Program ini membenarkan pendedahan aurat, pergaulan antara lelaki dan perempuan serta pelbagai lagi aktiviti dilakukan tidak yang seperti Islam mahukan.
  3. Jika program-program di atas khusus untuk remaja dan golongan dewasa, kanak-kanak turut dilibatkan dalam agenda menyesatkan ini. Siapa tidak tahu tentang rancangan kanak-kanak seperti Tom Tom Bak, Bintang Kecil dan sebagainya. Inilah hidangan yang disajikan buat mereka. Ibu bapa hanya membiarkan anak-anak menonton dan menyokong rancangan seperti ini malah turut memberi galakan untuk menjadi seperti mereka.
  4. Ibu bapa lebih berbangga apabila melihat anak mereka dapat menari, menyanyi dan berlakon dengan baik. "Bab-bab mengaji al-quran ni dorang tak pandang dah," kata kawanku. Kalau dapat jadi juara dalam satu-satu program lagi mereka bangga. "Kembang hidung," kata orang kampungku. Sekarang ini lagi hebat, anak-anak cilik ini sudah diajar untuk mebuat persembahan dalam satu konsert mereka sendiri. Yang terkini, Konsert Permata Negara yang akan diadakan pada 14 dan 15 Disember ini. Tujuannya untuk menggilap bakat muda dan menyerlahkan rentak bangsa. Mak oi.., dengar macam betul saja.
  5. Inilah sebahagian wadah tarbiyyah yang dipilih oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Amat malang apabila para ibu bapa Muslim yang menjuarai isu ini seperti diterangkan sebelum ini. Adakah tiada kaedah mendidik anak yang digariskan di dalam Islam...??? Bukankah Islam itu syumul (lengkap)...??? Segala persoalan hidup manusia ada di dalamnya. Katakan apa saja, masuk tandas ? Bangun tidur ? Urus negara? Bekerja ? semua ada termasuk cara mendidik anak yang betul.
  6. Soalnya, mengapa para ibu bapa Muslim ini masih memilih cara jahiliyyah dalam mendidik anak mereka ? Kasihan anak-anak kecil yang tidak berdosa itu. Mereka lahir dalam keluarga orang Islam tapi diajar untuk menjadi Yahudi, Kristian dan Majusi. Bukan diajar menjadi Islam.
  7. Jawapan saya mudah sahaja, ada satu kuasa yang boleh mengawal semua ini. Jika kuasa itu betul, mak betullah yang dikawalnya dan jika kuasa itu tidak betul, maka tidak betullah yang dikawalnya itu. Kuasa itu namanya pemerintah. Hari ini, dengan sedar pemerintah Malaysia merestui semuanya berlaku. Mereka tidak peduli dengan rakyat, yang penting mereka memerintah. Oleh kerana mereka, ibu bapa salah, mereka pun salah.
  8. Apa ada pada rakyat..? Peduli kau rakyat. Selagi mana rakyat jahil tentang agama, itu adalah keuntungan buat pemerintah. Pemerintah yang ada sekarang akan semakin lama memerintah. Cukuplah rakyat tahu di mana masjid dan sekali sekala datang ke masjid untuk baca yasin dan kenduri arwah. Lebih daripada itu tidak perlu...!!! Biarkan rakyat sesat, yang penting kita memerintah..!!! Huh, pemerintah...pemerintah...
  9. Wahai para ibu bapa, kembalilah kepada Islam. Walaupun sekarang tidak ada Nabi untuk dirujuk, namun kita masih boleh bertanya kepada para ulamak, ustaz dan ustazah atau kepada siapa sahaja yang tahu tentang Islam. Tidak rugi jika mengamalkan cara hidup Islam. Didiklah anak dengan cara Islam. Ingatlah, sesungguhnya di akhirat nanti Allah akan tanya kepada kita bagaimana cara kita mendidik anak. Jika anak masuk ke dalam neraka, ibu bapa juga berpotensi untuk join bersama.
  10. Kepada para pemerintah Malaysia, tadbirlah rakyatmu mengikut lunas agamamu. Mengapa perlu diikut telunjuk musuh agamamu ? Di akhirat nanti, semua pemerintah akan ditanya tentang pemerintahannya termasuk kalian. Beringatlah, semua kerajaan yang ada pasti akan hancur. Hanya kerajaan Allah yang akan kekal.

Tuesday 7 December 2010

Doa akhir tahun dan awal tahun bukanlah sunnah

Tahun lepas, majlis bacaan doa akhir tahun dan awal tahun dibuat di Masjid Negara dan diraikan secara rasmi dengan kehadiran Yang Dipertuan Agung serta ramai pimpinan utama negara. Timbul pertanyaan di kalangan tertentu, apakah doa akhir tahun dan awal tahun itu sunnah? Dengan kata lain, apakah nabi Muhammad SAW melakukannya? Atau, apakah para sahabat mengamalkannya?


Jika dicermati dengan minda pencerahan, dengan mudah kita dapat menarik kesimpulan bahawa doa awal dan akhir tahun itu bukanlah sunnah. Ia dikatakan mudah kerana kita maklum bahawa di zaman nabi SAW tidak ada kalender hijrah yang dikira bermula daripada Muharram. Penggunaan taqwim hijrah yang memulakan Muharram sebagai bulan pertama dan tahun hijrah nabi SAW ke Madinah sebagai tahun pertama hanya bermula pada zaman pemerintahan Umar Al-Khattab. Justeru bagaimana harus dikatakan ia sebagai sunnah?

Rangkaian doa yang dikatakan doa akhir tahun dan awal tahun itu pula bukanlah daripada nabi. Fadhilat yang dinyatakan untuk mereka yang membacakan doa tersebut di mana di katakan syaitan akan kecewa, diampunkan dosa untuk setahun itu dan aman daripada tipudaya syaitan untuk setahun mendatang adalah satu rekayasa yang tidak bersandarkan nabi SAW. Bagaimana kita boleh mempercayai bahawa nabi SAW menitipkan satu doa dengan fadhilat tertentu dan ia dikaitkan dengan awal Muharram sedangkan Muharram pada zaman nabi SAW belum lagi dijadikan bulan pertama dalam taqwim Islam?

Berdoa memang bagus. Namun mengamalkan doa akhir tahun dan awal tahun seolah-olah ia adalah sunnah Rasul dan diberi pahala dan fadhilat tertentu bagi yang mengamalkannya adalah satu pencemaran kepada keaslian agama. Hanya Allah dan Rasul sahaja yang boleh menjanjikan fadhilat untuk sesuatu amal. Orang lain hanya membuat rekaan belaka! Rekaan atas nama nabi adalah jenayah!

Umar Al-Khattab meletakkan taqwim Islam bermula daripada bulan Muharram dan menjadikan tahun nabi berhijrah ke Madinah sebagai tahun pertama bukanlah untuk disambut. Lebih-lebih lagi , bukan untuk diritualkan dengan amalan yang disandarkan kepada agama seperti doa akhir tahun dan awal tahun. Ia adalah untuk memperlihatkan kebesaran peristiwa hijrah dan menjadi lambang tajdid hayat bagi setiap Muslim melaui konsep hijrah.

Bukan budaya Islam merayakan awal tahun seperti mana golongan kuffar meraya penghujung Disember dan awal Januari. Justeru, jika ditanya tentang apakah sunnah Rasulullah SAW sempena akhir tahun dan awal tahun, ia adalah persoalan yang perlu diketepikan dan tiada jawapan untuknya. Islam tidak menginstitusikan awal dan akhir tahun untuk diritualkan dengan amalan tertentu. Tiada sunnah khusus untuknya!

Sumber : Blog Perenung Langit