Tuesday 22 September 2009

Takziah buat Sdr Wahid atas pemergian Ayah tercinta.

Ayah Sdr Wahid terlibat dalam satu kemalangan pada satu Syawal yang lalu. Kejadian yang amat tragis itu berlaku di depan mata Sdr Wahid selepas selesai menziarahi saudara mereka di sini hari itu.

Diceitakan oleh Sdr Wahid, Almarhum bersama beliau, ibu dan keluarga beliau termasuk 4 orang anak sedang melintas jalan. Tiba-tiba, tanpa disedari sebuah kereta meluru ke arah mereka dengan laju. Pada ketika itu, Sdr Wahid sedang melintas di tengah jalan bersama isteri dan tiga orang anak. Sementara itu, Ayah beliau yang mendukung anak kedua beliau sedang berdiri di pembahagi jalan dan bersedia untuk melintas.

Kereta yang meluru laju itu telah mengelak daripada melanggar Sdr Wahid sekeluarga dan menuju kearah Almarhum berdiri. Malang tidak berbau, Almarhum dilanggar dengan kuat pada ketika itu juga. Almarhum terhumban ke atas dan mendarat ke jalan dalam keadaan kepala mencecah jalan dahulu. Sdr Wahid juga sempat melihat anak yang didukung oleh Almarhum turut terpelanting.

Semua kejadian ini sempat disaksikan oleh Sdr Wahid melalui mata kepala beliau sendiri.

Dalam keadaan kelang kabut itu, Sdr Wahid dan keluarga yang lain mencari anak yang terpelanting tadi. Ke longkang, jalan dicari.... Dalam keadaan yang panik, Sdr Wahid dan keluarga tidak menemui anak yang dicari. Akhirnya, anak Sdr Wahid ditemui di dalam kereta orang yang melanggar tadi.

Setelah semua tiba di hospital, Almarhum telah menemuai ajal dan anak Sdr Wahid masih dirawat di hospital.

Sungguh menyayat hati.

Buat pengetahuan semua, kawasan kemalangan itu merupakan kawasan kampung Had laju maksima hanya 30 ke 40 km/j sahaja. Kes ini telah dibawa ke mahkamah dan pemandu yang cuai itu bakal dibicarakan.

*************************************

Semoga beliau sekeluarga sentiasa tabah menghadapi dugaan Allah ini.

Marilah sama-sam kita sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum...

Al-Fatihah...

0 comments: