Friday 23 October 2009

Tak tahu hukum arak.

Pagi tadi selepas "jogging" seperti hari sebelumnya, aku terjumpa sahabat lama. Rakan sekolahku dahulu. Dia sedang menunggu bas untuk pulang ke rumahnya. Seperti biasa, apabila bertemu seorang sahabat lama, pasti aku akan bertanyakan khabar, kerja di mana dan sebaginya. Soalan yang sama kuajukan kepada sahabatku ini.

Apabila sampai ke bab kerja, dia kata dia tidak kerja di tempat lama sudah di sebuah supermarket di sini. Katanya dia bekerja di sebuah kelab malam di sini. Kerja mula setiap petang sehingga
jam 3, 4 pagi. Setiap hari begitu.

Kelab Malam...!!!!

Terkejut aku. kemudian aku tanyakan apa kerjanya di sana. Dia kata dia jadi pelayan.

"Jadi, kau tuang arakla, angkat-angkat arak???" , aku tanya begitu kepadanya.

"ya...." selamba saja dia jawab tanpa rasa kesal, bersalah dan sebagainya.


Aku kemudiannya menasihatkan kepadanya bahawa berdosa kerja seperti itu. Dia terkejut, dan katakan bahawa tidak berdosa kerja seperti itu.

"Aku bukan minum arak pun, cuma tuang dan angkat saja", katanya.

Aku bawakan hadis Ibnu Majjah ini kepadanya;

Mewartakan kepada kami 'Ali bin Muhammad dan Muhammad bin Isma'il, mereka berkata: Mewartakan kepada kami Waki', mewartakan kepada kami 'Abdul-'Aziz bin 'Umar bin 'Abdul-'Aziz, dari 'Abdur-Rahman bin 'Abdullah Al-Ghafiqiy dan Abu Thu'mah, mantan budak mereka, bahawasanya mereka berdua mendengar Ibnu 'Umar mengatakan: Rasulullah saw. hersabda: "Arak menjadi terlaknat kerana sepuluh seyi: 1. Keberadaan arak, 2. Orang yang memerasnya, 3. Orang yang menyuruhnya, 4. Orang yang menjualnya, 5. Orang yang membelinya, 6. Orang yang membawanya, 7. Orang yang dibawakannya, 8. Orang yang makan harganya, 9. Orang yang meminumnya, dan 10. Orang yang memberi minum arak".


Dia pun terdiam, kemudian aku cadangkan dia kerja di tempat lain. Mengajar di sekolah swasta ataupun di tempat lain.

Kesian sahabatku ini.

Aku yakin dan percaya, ramai lagi remaja di luar sana yang tidak tahu tentang hukum arak ini termasuk hukum-hukum lain dalam hidup ini.

Aku pun hairan, kenapa kerajaan tidak memikirkan masalah ini dan cuba membantu umat islam bekerja di tempat yan lebih baik, yang penting daripada sumber yang halalan toyyiba.

Hemmm..............

0 comments: