Thursday 22 October 2009

Sejadah berdiri

Dua malam berturut-turut ada berita yang menceritakan tentang kejadian sejadah berdiri. Kejadian pertama terjadi di Pasir Mas, Kelantan. Diberitakan, sebanyak 35 sejadah yang dikatakan bediri di sebuah surau di sana. Kejadian pada hari kedua lebih hebat, terjadi di 3 tempat, dua di Kelantan dan satu di Kedah.

ORANG ramai melihat 36 sejadah berdiri di surau
Sekolah Kebangsaan Tok Sangkot, Meranti, Pasir Mas semalam.

Kejadian ini menarik perhatian orang ramai. Ada yang mengambil gambar, video dan tidak kurang juga yang memjaja cerita ini ke mana-mana.

Sebahagian masyarakat menganggap ini sebagai suatu yang ajaib, sehingga membiarkan sejadah itu berkeadaan demikian sahaja. Malangnya, surau dimana kejadian itu berlaku akhirnya tidak digunakan untuk solat. Entah berpa lama. sehari, dua hari, mungkin juga lebih.

Alhamdulillah, dalam keadaan begitu Mufti Kerajaan Kelantan dan Kedah mengambil insiatif masing-masing. Tahniah, kerana menjernihkan kekeliruan masyarakat.

Menurut Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad, berkata umat Islam tidak harus terpengaruh kejadian misteri yang berlaku di dua sekolah negeri ini pada pagi kelmarin dan semalam, ada kaitan dengan benda ghaib atau petunjuk daripada Allah.

Beliau berkata, tiada sebarang keanehan atau boleh dianggap pelik ekoran penemuan sejadah terbabit, kerana ia boleh dilakukan oleh sesiapa saja.

**************************************

Semoga kejadian karut seperti ini tidak diperbesar-besarkan lagi. Masyarakat sekarang lebih suka mencari suatu yang misteri, ajaib dan sebagainya daripada mengambil pengajaran daripadanya. Solat pun tidak, perkara yang tidak sepenting itu pula yang diperbesar-besarkan.

0 comments: