Sunday 3 January 2010

Sarjana Muda Lulusan Pendidikan

Berita dua tiga hari ini tentang graduan pendidikan yang mungkin tidak akan menjawat jawatan sebagai guru selepas tamat pengajian amat mengejutkan banyak pihak. Semuanya dimulakan dengan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi yang menyatakan sedemikian.

Sebelum kenyataan ini keluar, aku ada mendengar isu ini daripada sahabat-sahabat mahasiswaku. Aku ingatkan mereka bergurau, rupanya agak betul juga isu yang dibawakan oleh sahabat-sahabatku itu.

Ringkasnya selepas kenyataan rasmi ini keluar, banyak respon yang negatif diterima. Antaranya daripada pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sendiri. Universiti yang menjadi kilang guru lepasan ijazah. TV3 juga ada menerima e-mel daripada penonton yang menyatakan kritikannya terhadap kenyataan ini.

Malangnya, sehingga hari ini tidak ada jawapan daripada tuan badan yang mengeluarkan kontroversi awal. Bingung agaknya....

Hemmmmmmmm......kesian sahabat-sahabatku yang ambil kursus ini. Kalau betul jadi kenyataan, entah apa nasib mereka.


0 comments: