- Aku belum berkahwin lagi dan mungkin tidak layak untuk memberikan pandangan dalam isu ini. Namun, jiwa mudaku memanggil untuk menulisnya juga lantaran melihat suasana masyarakat yang semakin jauh daripada lunas yang sewajibnya diikuti. Lebih menyedihkan lagi apabila melihat masyarakat yang menjuarai isu "salah mendidik anak" ini dipelopori oleh umat Islam iaitu saudaraku sendiri.
- Hari ini, kita agak terkejut apabila melihat ibu bapa boleh menangis apabila anak-anak mereka tersingkir daripada pertandingan realiti TV seperti AF, Mentor, Pilih Kasih, Bintang RTM dan sebagainya. Para pembaca sudah semestinya tahu tentang program-program ini. Program ini membenarkan pendedahan aurat, pergaulan antara lelaki dan perempuan serta pelbagai lagi aktiviti dilakukan tidak yang seperti Islam mahukan.
- Jika program-program di atas khusus untuk remaja dan golongan dewasa, kanak-kanak turut dilibatkan dalam agenda menyesatkan ini. Siapa tidak tahu tentang rancangan kanak-kanak seperti Tom Tom Bak, Bintang Kecil dan sebagainya. Inilah hidangan yang disajikan buat mereka. Ibu bapa hanya membiarkan anak-anak menonton dan menyokong rancangan seperti ini malah turut memberi galakan untuk menjadi seperti mereka.
- Ibu bapa lebih berbangga apabila melihat anak mereka dapat menari, menyanyi dan berlakon dengan baik. "Bab-bab mengaji al-quran ni dorang tak pandang dah," kata kawanku. Kalau dapat jadi juara dalam satu-satu program lagi mereka bangga. "Kembang hidung," kata orang kampungku. Sekarang ini lagi hebat, anak-anak cilik ini sudah diajar untuk mebuat persembahan dalam satu konsert mereka sendiri. Yang terkini, Konsert Permata Negara yang akan diadakan pada 14 dan 15 Disember ini. Tujuannya untuk menggilap bakat muda dan menyerlahkan rentak bangsa. Mak oi.., dengar macam betul saja.
- Inilah sebahagian wadah tarbiyyah yang dipilih oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Amat malang apabila para ibu bapa Muslim yang menjuarai isu ini seperti diterangkan sebelum ini. Adakah tiada kaedah mendidik anak yang digariskan di dalam Islam...??? Bukankah Islam itu syumul (lengkap)...??? Segala persoalan hidup manusia ada di dalamnya. Katakan apa saja, masuk tandas ? Bangun tidur ? Urus negara? Bekerja ? semua ada termasuk cara mendidik anak yang betul.
- Soalnya, mengapa para ibu bapa Muslim ini masih memilih cara jahiliyyah dalam mendidik anak mereka ? Kasihan anak-anak kecil yang tidak berdosa itu. Mereka lahir dalam keluarga orang Islam tapi diajar untuk menjadi Yahudi, Kristian dan Majusi. Bukan diajar menjadi Islam.
- Jawapan saya mudah sahaja, ada satu kuasa yang boleh mengawal semua ini. Jika kuasa itu betul, mak betullah yang dikawalnya dan jika kuasa itu tidak betul, maka tidak betullah yang dikawalnya itu. Kuasa itu namanya pemerintah. Hari ini, dengan sedar pemerintah Malaysia merestui semuanya berlaku. Mereka tidak peduli dengan rakyat, yang penting mereka memerintah. Oleh kerana mereka, ibu bapa salah, mereka pun salah.
- Apa ada pada rakyat..? Peduli kau rakyat. Selagi mana rakyat jahil tentang agama, itu adalah keuntungan buat pemerintah. Pemerintah yang ada sekarang akan semakin lama memerintah. Cukuplah rakyat tahu di mana masjid dan sekali sekala datang ke masjid untuk baca yasin dan kenduri arwah. Lebih daripada itu tidak perlu...!!! Biarkan rakyat sesat, yang penting kita memerintah..!!! Huh, pemerintah...pemerintah...
- Wahai para ibu bapa, kembalilah kepada Islam. Walaupun sekarang tidak ada Nabi untuk dirujuk, namun kita masih boleh bertanya kepada para ulamak, ustaz dan ustazah atau kepada siapa sahaja yang tahu tentang Islam. Tidak rugi jika mengamalkan cara hidup Islam. Didiklah anak dengan cara Islam. Ingatlah, sesungguhnya di akhirat nanti Allah akan tanya kepada kita bagaimana cara kita mendidik anak. Jika anak masuk ke dalam neraka, ibu bapa juga berpotensi untuk join bersama.
- Kepada para pemerintah Malaysia, tadbirlah rakyatmu mengikut lunas agamamu. Mengapa perlu diikut telunjuk musuh agamamu ? Di akhirat nanti, semua pemerintah akan ditanya tentang pemerintahannya termasuk kalian. Beringatlah, semua kerajaan yang ada pasti akan hancur. Hanya kerajaan Allah yang akan kekal.
Monday, 13 December 2010
Salah mendidik anak.
Posted by krangkang_2003 at 12:34 0 comments
Tuesday, 7 December 2010
Doa akhir tahun dan awal tahun bukanlah sunnah
Tahun lepas, majlis bacaan doa akhir tahun dan awal tahun dibuat di Masjid Negara dan diraikan secara rasmi dengan kehadiran Yang Dipertuan Agung serta ramai pimpinan utama negara. Timbul pertanyaan di kalangan tertentu, apakah doa akhir tahun dan awal tahun itu sunnah? Dengan kata lain, apakah nabi Muhammad SAW melakukannya? Atau, apakah para sahabat mengamalkannya?
Jika dicermati dengan minda pencerahan, dengan mudah kita dapat menarik kesimpulan bahawa doa awal dan akhir tahun itu bukanlah sunnah. Ia dikatakan mudah kerana kita maklum bahawa di zaman nabi SAW tidak ada kalender hijrah yang dikira bermula daripada Muharram. Penggunaan taqwim hijrah yang memulakan Muharram sebagai bulan pertama dan tahun hijrah nabi SAW ke Madinah sebagai tahun pertama hanya bermula pada zaman pemerintahan Umar Al-Khattab. Justeru bagaimana harus dikatakan ia sebagai sunnah?
Sumber : Blog Perenung Langit
Posted by krangkang_2003 at 11:06 0 comments
Labels: kritikan, petikan blog/web
Wednesday, 25 August 2010
Islamnya Malaysia hanya pada nama.
Jika ditelusuri hari-hari yang berlalu ini, aku jarang sekali melihat televisyen kecuali sedikit pada waktu malam dan akhir-akhir ini di siang hari. Agak teruja aku melihat cerita-cerita dan wayang gambar yang dipertontonkan di televisyen pada saat ini. Daripada cerita animasi kanak-kanak sehingga kepada drama bersiri untuk orang dewasa, semua hampir berkisar tentang Islam dan baiknya nilai Islam itu sendiri.
Anak-anak dihidangkan dengan cerita animasi tentang nabi, tauladan dan kisah-kisah yang boleh mengujakan mereka untuk berubah.
Bapa-bapa, ibu-ibu dan golongan dewasa yang lain diberi santapan rohani berupa drama yang menyedarkan. Drama yang selalu melastik iman si dewasa dan pelbagai lagi drama serta cerita yang mampu membuatkan si dewasa berfikir tentang tujuan kejadiannya di dunia ini.
Bahkan, jika ada lagu-lagu hiburan di televisyen hanyalah yang berkonsepkan Islam , ketuhanan dan sebagainya. Hampir tidak ada artis yang berpakaian menjolok mata.
Anehnya, aku gusar melihat perkembangan media masa kini apabila menayangkan cerita-cerita bergenre seperti ini hanya pada Bulan Ramadhan. Paling hebat pun apabila adanya perayaan-perayaan Islam yang lain seperti Maulidur Rasul dan Maal Hijrah barulah suasana seperti ini muncul semula.
Jika anda semua perasan bukan sahaja media yang akan jadi Islamik seketika apabila Bulan Ramadhan atau perayaan Islam yang lainnya tiba, malah kedai-kedai, syarikat-syarikat, agensi-agensi kerajaan dan pelbagai lagi akan turut terkena tempiasnya. Semua akan memikirkan tentang Islam dan mulalah mencari ustaz-ustaz untuk bertanya soalan, perlu ini dan itu serta pelbagai lagi. Paling kurang pun, ustaz itu diguna untuk membaca doa, tahlil dan yasin.
Malangnya, suasana seumpama ini tidak akan kekal seiring dengan perjalanan masa itu. Lihat sajalah nanti, selepas Ramadhan ini tv-tv kita akan mula menayangkan program-program maksiat semula. Semua yang ingat tentang Islam tadi akan lupa semula dan kembali kepada perangai jahat mereka.
Semuanya berlaku dek kerana Malaysia melihat Islam ini hanya pada masa-masa tertentu. Gunanya agama yang suci ini hanya ketika dan waktu tertentu. Tidak untuk sehari-hari dan setiap masa.
Oh pemerintahku, sedarkanlah rakyat yang ada dibawah jagaanmu ini tentang Islam itu yang sebenar. Jangan biarkan mereka hanyut dengan fikrah yang tidak betul. Kita bimbang, engkau lebih banyak diazab oleh Allah nanti berbanding si rakyat.
Posted by krangkang_2003 at 14:04 0 comments
Monday, 23 August 2010
Ramadhan tanpa solat
Beberapa hari yang lalu, aku dan seorang sahabatku merancang untuk ke Labuan. Kami putuskan untuk ke Kota Kinabalu dan kemudian naik feri terus ke Labuan. Semasa dalam perjalanan pergi ke Kota Kinabalu, kami terpaksa berbuka (buka puasa) di tepi jalan dekat Telupid. Selepas menyantap sedikit juadah yang dibawa bekal daripada Sandakan, kami meneruskan perjalanan.
Di sepanjang perjalanan kami menuju ke Kota Kinabalu, rupanya bukan kami sahaja yang berbuka di tepi jalan. Ada ramai lagi rombongan musafir yang sama berbuka di tepi jalan. Ada yang duduk di "bucket" kereta pacuan empat roda, abang-abang lori yang berkumpul ramai-ramai dan berbuka bersama, serta beberapa rombongan lagi yang turut berbuka di tepi jalan.
Cantik sungguh suasana itu. Orang amat peduli akan ibadah puasa.
Suasana ini hanya wujud semasa Ramadhan dan untuk ibadah puasa sahaja. Jika ibadah lain yang lebih penting seperti solat tidak pula dipedulikan sangat. Jarang sekali kita dengan orang awam akan tanya kawannya yang lain seperti dialog ini, "kau sudah solat?" atau, "kau solat ka hari ini?", ataupun dialog-dialog yang lain. Tapi kalu puasa, dialog-dialog ini sering sekali kita dengar.
Sedih apabila melihat saudara kita yang lain tidak faham yang man lebih penting antara solat dan puasa. Solat adalah tiang agama, jika puasa tapi tidak solat....maka sia-sia puasa kita. Begitulah juga dengan amalan yang lain. Jika rajin buat kebaikan, tapi tidak solat...pahalanya tidak ada. Amalan itu hanya jadi seperti debu-debu di atas lantai. Apabila angin datang, debu pun terbang.
Huh..ruginya.
Alangkah baiknya, jika solat juga kita jadikan seperti Ramadhan. Ia diwar-warkan di dalam media dan iklan-iklan. Pemerintah mewujudkan akta atau undang-undang tentang solat. Contohnya, Muslim yang tidak solat satu waktu akan dipenjara 1 bulan, dan pelbagai lagi yang boleh dibuat oleh kita.
Tapi, bila solat dianggap tidak penting..beginilah yang terjadi seperti hari ini.
Alhamdulillah, aku dan sahabatku selamat tiba di Kota Kinabalu petang itu, kemudian solat dan makan malam.
Posted by krangkang_2003 at 13:35 0 comments
Labels: diari
Thursday, 5 August 2010
Dialog Ramadhan : Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Posted by krangkang_2003 at 02:28 0 comments
Labels: selingan
Wednesday, 21 July 2010
Siapa tuhanmu : Ust Das'ad, Pak Menteri atau Allah..?
Daripada yang lelaki hingga yang perempuan.
Daripada yang solat hingga yang tidak solat.
Daripada yang tutup aurat hingga yang terbuka aurat.
Semuamnya datang ke masjid kerana Ust Das'ad.
Persoalannya sekarang, kenapa kalau tiada Ust Das'ad atau Pak Menteri itu orang-orang yang tertentu ini tidak datang ke masjid??? Siapa tuhan mereka???
Ust Das'ad,
Pak Menteri,
atau
Allah...???
Kalaulah mereka semua ikhlas dalam beribadat, tidak perlu Ust Das'ad datang ke Sandakan dan tidak perlu Musa Aman datang ke masjid di Kampung Rancangan Sungai Manila itu. Hanya "IKHLAS" lah yang dapat membezakan hamba Allah yang betul-betul mahu mengabdikan diri kepada Allah.
Tidak perlu tunggu "orang-orang popular" datang ke masjid baru kita bergegas hendak ke masjid. Ini hipokrit namanya.
Posted by krangkang_2003 at 11:28 0 comments
Labels: kritikan
Thursday, 8 July 2010
Sedangkan anjing pun mengerti.
Posted by krangkang_2003 at 11:42 0 comments
Labels: diari
Sunday, 20 June 2010
Ada apa pada gambar
Gambar di atas aku ambil pada hari Ahad semasa hendak ke Pasar Tamu Minggu di Sandakan untuk edar riasalah bantah judi bola bersama sahabat-sahabatku. Kebetulan semasa minum pagi sebelum ke pasar tamu hari itu, situasi ini dirakamkan. Tarikh dan masanya ada tercatat seperti di atas.
Akhirnya, aku siarkan gambar ini ke dalam facebook ku. Aku juga buatkan satu album untuk situasi ini di dalam facebook tersebut. Seperti biasa, aku tag kan beberapa nama untuk mendapat respon. Aku menerima respon yang pro dan kontra. Terima kasih semua. Cuma satu yang ingin kujelaskan di sini, aku siarkan gambar ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, jauh sekali pak cik-pak cik yang berada dalam gambar itu. Apa-apa pun, aku minta maaf banyak-banyak kepada semua yang terlibat dalam usaha ini.
***********************************************************
Niat asalku dengan menyiarkan gambar ini untuk memberi sedikit gambaran kepada semua yang melihat bahawa di Sandakan ini umat Islam tidak segan silu makan @ minum di kedai-kedai cina yang belum tentu jelas tentang kehalalannya. Persoalannya bukan segan silu. Tapi kesedaran dan tahap keimananan itu yang rendah.
Aku tidak nafikan faktor iman & ilmu itu juga menyumbang, namun aku agak kesal dengan jabatan agama yang sepatutnya mengambil serius hal ini tidak berbuat yang sepatutnya. Mereka lebih sibuk menguruskan urusan kahwin cerai umat Islam di bumi Sandakan ini, walaupun dengan pengurusan yang agak lemah.
Ya, memang lemah. Pergi sajalah ke pejabat Jabatan Agama di Sandakan ini. Anda pasti akan menerima layanan yang agak mengecewakan. Wajarlah mereka tidak dapat menyampaikan agenda penerangan yang jelas kepada umat Islam di Sandakan ini.
Dalam hal ini, pihak jabatan agama dan kita semua perlu mengambil tindakan masing-masing bagi membantu umat islam yang lain daripada menjadi mangsa kekeliruan ini. Jelaskan, cakap dan sampaikan apa sahaja yang patut agar peranan kita sebagai individu muslim itu sudah terlepas. Apa yang lebih penting, wujudkan kesedaran dalam diri, keluarga dan masyarakat sekeliling untuk sensitif terhadap isu seperti ini.
Fikir-fikirkanlah.
Sekian.
Posted by krangkang_2003 at 17:59 0 comments
Labels: kritikan
Sunday, 16 May 2010
Tuesday, 4 May 2010
Mari ke rumah sakit.
Hari ini hampir sehari aku di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Pagi untuk urusan temujanji dengan doktor pakar. Petangnya untuk fisioterapi. Lama aku menunggu giliran untuk bertemu doktor pakar. Bukan sekali begini. Tapi hampir setiap kali aku ke sini untuk temujanji dengan doktor pakar, beginilah situasi yang akan kuhadapi.
Sebenarnya, bukan itu isu yang ingin kubawakan.
Semua pun sedia maklum, jika orang ke hospital hampir 80% dengan tujuan untuk berubat. Nah, inilah yang ingin kusebutkan di sini. Wajah-wajah sakit ini sedikit sebanyak akan menyentuh iman kita, betapa kita yang sihat ini agak beruntung. Kalau pun sakit, tapi ada orang yang lebih teruk sakitnya berbanding kita.
Melalui pengalamanku menginap di hospital selama 13 hari semasa awal sakitku dulu, pelbagai situasi manusia sakit yang kutemui. Ada yang putus jari kaki. Ada yang mati separuh badan. Ada yang kepala ditebuk dan diletakkan pemberat untuk kembalikan keseimbangan. Ada yang bersambung dengan macam-macam jenis hos dan alat bantuan, manusia ini akhirnya mengakhiri hidupnya di wad tempat aku dirawat.
Alhamdulillah, banyak manfaatnya untuk aku.
Para pembaca yang budiman, sesekali jika ada masa lapang cubalah datang ke hospital yang berhampiran. Muhasabahlah diri kita di sini. Jika tempat ini masih tidak cukup, cuba datang ke rumah orang-orang tua atau ke kawasan setinggan. Errrmmmm.....paling kurang pun, cubalah datang ke tanah perkuburan.
Moga-moga ada manfaatnya untuk semua.
Posted by krangkang_2003 at 17:27 0 comments
Labels: diari
Thursday, 29 April 2010
Sunday, 3 January 2010
Sarjana Muda Lulusan Pendidikan
Berita dua tiga hari ini tentang graduan pendidikan yang mungkin tidak akan menjawat jawatan sebagai guru selepas tamat pengajian amat mengejutkan banyak pihak. Semuanya dimulakan dengan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi yang menyatakan sedemikian.
Sebelum kenyataan ini keluar, aku ada mendengar isu ini daripada sahabat-sahabat mahasiswaku. Aku ingatkan mereka bergurau, rupanya agak betul juga isu yang dibawakan oleh sahabat-sahabatku itu.
Ringkasnya selepas kenyataan rasmi ini keluar, banyak respon yang negatif diterima. Antaranya daripada pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sendiri. Universiti yang menjadi kilang guru lepasan ijazah. TV3 juga ada menerima e-mel daripada penonton yang menyatakan kritikannya terhadap kenyataan ini.
Malangnya, sehingga hari ini tidak ada jawapan daripada tuan badan yang mengeluarkan kontroversi awal. Bingung agaknya....
Hemmmmmmmm......kesian sahabat-sahabatku yang ambil kursus ini. Kalau betul jadi kenyataan, entah apa nasib mereka.
Posted by krangkang_2003 at 11:34 0 comments
Labels: kritikan
Saturday, 2 January 2010
Hadiah Tahun Baharu 2010 buat rakyat Malaysia
Rasanya tidak perlu ku gembar-gemburkan lagi cerita ini. Hadiah Tahun Baharu 2010 Kerajaan Malaysia buat Rakyatnya, harga gula naik 20 sen.
Tahniah.... Tahniah.... Tahniah.....
Semua dapat hadiah yang sama.
Bila dah naik macam ni, mesti harga teh secawan pun naik kan?
Kopi secawan naik harga...........
Teh tarik secawan naik haga............
Radix pun naik harga...............
Kuih donut pun naik harga...............
Banyak sungguh makanan yang naik harga ni.....................
Hemmm............
Peliknya, bila harga naik macam ni...kerajaan bagi amaran pulak dengan peniaga supaya jangan naikkan harga makanan..
Hemmm..........
Dan lagi pelik, setiap kali harga komoditi asas naik tidak kesahla apa pun namanya, gula ka dia... minyak ka dia.... Kerajaan akan umumkan beberapa fakta yang menyatakan bahawa Kerajaan menaggung sekian-sekian subsidi untuk kos-kos tertentu jika kenaikan tidak dibuat.
Bukankah gunanya Kerajaan itu bagi membantu rakyat...???
Tapi kalau sudah begitu alasannya,, seolah-olah rakyat yang membantu kerajaan pulak..
Hemmm.....
Posted by krangkang_2003 at 11:05 0 comments
Labels: kritikan