Sunday 18 September 2011

Bahaya bila orang jahil berlagak pandai

Imam al-Bukhari menyebut, kewajipan seorang Muslim sebelum beramal adalah berilmu. Jangan sesekali menghina dan memandang rendah akan kemampuan mereka yang memiliki ilmu. Islam melihat ilmu dan amal sebagai penyumbang kepada kehidupan bahagia di dunia dan akhirat. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.” (Surah Az-Zumar, ayat 9).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menginginkan soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barang siapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Ilmu adalah elemen pembangunan yang penting dalam menjamin kelangsungan hidupnya hati kita.

Bagaimanapun akhir-akhir ini golongan yang tidak berilmu cenderung berlagak seperti mereka berilmu tinggi. Natijahnya membawa kepada porak peranda kehidupan manusia dan kemusnahan binaan ilmu yang sebenar. Secara bandingannya, seseorang doktor tidak dibenarkan memeriksa dan memberi ubat kepada pesakit melainkan setelah dia lulus dalam bidang perubatan dengan baik. Jika ahli akademik berlagak doktor dengan memberi ubat kepada pesakitnya tentulah memudaratkan pesakitnya. Seseorang itu tidak diluluskan kemampuannya membina bangunan tinggi melainkan setelah dia memiliki kelulusan dalam bidang binaan melalui ilmu seni bina yang dikuasainya. Jika dilakukan juga tanpa memiliki ilmu, pasti boleh menyebabkan berlaku keruntuhan bangunan walaupun dia mungkin mempunyai bakat dan gaya menjadi jurubina.

Elemen kemusnahan dan kerosakan terjadi apabila yang tidak berilmu dalam aspek pengurusan bercakap soal urusan umat, jahil berlagak seperti orang alim, menghafal sepatah dua ayat berlagak hafiz, bukan ulama mengaku dirinya ulama kononnya untuk dihormati dan dikagumi. Maka ketika itu bersedialah kita menerima akibatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Apa yang mendukacitakan, akhir-akhir ini lahir golongan disebut Rasulullah SAW sebagai Ruwaibidhah, golongan sebenarnya tidak berilmu tetapi dilihat berilmu, tidak berkelayakan tetapi cuba menonjolkan diri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Akan datang kepada kalian masa yang penuh dengan tipu daya; ketika itu orang akan mempercayai kebohongan dan mendustakan kebenaran. Mereka mempercayai pengkhianat dan tidak mempercayai pembawa kebenaran. Pada masa itu, ruwaibidhah akan berbicara. Rasulullah SAW ditanya: Apakah itu ruwaibidhah? Lalu Rasulullah menyebut: Ruwaibidhah adalah orang bodoh (yang berbicara) urusan umat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah).

Sebenarnya tidak menjadi salah kepada golongan ini memberi pandangan dan pendapat tetapi masalahnya ilmu tidak cukup untuk bercakap atau memberi pandangan kepada sesuatu yang bukan bidang mereka. Al-Imam al-Sayuti menjelaskan, Al-Ruwaibidhah adalah orang lemah yang cuba mencampuri perkara besar dan berusaha untuk memperolehnya. Ingatlah bahawa bercakap tanpa berfikir adalah petanda betapa rendahnya ilmu dan rosaknya akhlak. Ilmu yang lahir dari tapisan mulut golongan berilmu menyumbang banyak faedah kepada ummah. Kata hikmat orang Arab, “orang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikan sesuatu”.

Di sesetengah tempat kita dapat melihat seorang yang cekap berkomunikasi dan pandai berceramah terus diberi peluang berucap serta membuat pelbagai kupasan berkaitan isu agama. Keupayaannya berbicara seolah-olah dia menguasai kesemua disiplin ilmu dalam Islam. Apatah lagi ceramah boleh mendatang pendapatan lumayan maka ramai berusaha menjadi penceramah dengan menghafal ayat atau hadis lalu mentafsirkannya menurut digemarinya, bersesuaian keinginan semasa.

Besarlah kemungkaran yang berlaku apabila situasi ini diteruskan. Bukan sahaja boleh mencemarkan Islam, malah yang lebih teruknya apabila umat mula terkeliru kerana kenyataan mereka yang mengaku berilmu ini.

Wednesday 14 September 2011

Mat Sabu lawan Zainal Kling

Oleh : Ahmad Lutfi Othman

Sejarah memang memerihalkan perkara yang sudah berlalu, namun ia bukan benda mati, malah pentafsirannya cukup dinamik, hidup dan sentiasa berkembang, sehingga boleh merumuskan pelbagai persepsi. Fakta sejarah sukar dibohongi tetapi "pihak yang menang" mempunyai pengaruh tersendiri untuk "memesongkannya".

Begitulah menariknya polemik sejarah kemerdekaan negara, yang tiba-tiba saja menarik perhatian semua lapisan masyarakat mengikutinya daripada dekat, apabila ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disensasikan Utusan Malaysia dan hingga kini, selepas lebih dua minggu, masih menjadi tajuk utama akhbar dan berita TV.

Mat Sabu mungkin tidak mempunyai disiplin ilmu sejarah yang baik, seperti beberapa orang anggota Majlis Profesor Negara (MPN), misalnya Prof Zainal Kling dan Prof Ramlah Adam, namun beliau berupaya untuk memaksa "tafsiran baru" dibuat terhadap sejarah perjuangan menghalau penjajah.

Bagi saya, beliau berjaya -- melalui gaya tersendiri -- "menganjurkan" satu perdebatan yang sihat dan diharap membuahkan hasil yang positif dan adil kepada sejarah negara. Terjahan awal Zainal Kling yang mendakwa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, pastinya tidak terhenti di situ sahaja.

Dan tidak mustahil tafsiran Mat Sabu terhadap sejarah kemerdekaan negara akhirnya akan lebih diyakini khalayak berbanding dua profesor yang dikenali sebagai cukup rapat dan dekat dengan Umno itu. (Pengalaman saya membaca buku-buku Ramlah Adam dapat mengesan "kecurigaan" dan "buruk sangka" yang ketara kepada tokoh-tokoh golongan kiri, seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain).

"Kalau bukan disebabkan media secara berlebihan memainkan isu ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong, saya pasti ramai di kalangan kita tidak pernah kenal apa itu pertubuhan politik seperti PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malayu) atau API (Angkatan Pemuda Insaf)," kata seorang rakan, pensyarah kanan sains politik.

"Dan mungkin ada yang beranggapan lokasi Bukit Kepong itu berada di sekitar Kepong atau Jinjang," tambahnya, sambil ketawa. "Di sinilah hebatnya Mat Sabu. Sejarah yang mungkin dianggap sudah mati itu kembali segar-bugar. Kepada saya, biarlah orang berdebat siapa Mat Indera, dan pula siapa petualang dan pejuang kepada negara."

Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya MPN dalam sidang media di Putrajaya mendakwa, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun. Beliau juga menafikan gerakan kiri sebagai golongan memperjuangkan kemerdekaan.

Kenyataan Zainal sebenarnya tidaklah mengejutkan. Ia dilihat mewakili aspirasi perjuangan Umno, yang lebih bertindak sebagai "perunding" dalam fasa-fasa akhir menuntut kemerdekaan. Ya, di sinilah menariknya perbahasan yang dicetuskan Mat Sabu itu, yang bakal menyerlahkan perbedaan besar di antara peranan Umno dengan parti-parti terdahulu yang diharamkan penjajah British.

Saya tidak pasti di manakah kedudukan penentang-penentang British, yang mempertaruhkan nyawa demi membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajah seperti Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Dol Said, Maharajalela, Tok Janggut dan Rosli Dhobi, pada kacamata Zainal dan orang-orang seumpamanya?

Saya cuba membayangkan bagaimana sukarnya tokoh-tokoh awal, seperti Ibrahim Yaakub, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam, yang membangkitkan kesedaran rakyat untuk menentang British.

Bukan mengenangkan kepayahan mereka diburu penjajah, dengan kelengkapan yang cukup minimum, tetapi kesukaran untuk meyakinkan anak bangsa sendiri -- terutama yang merasa selesa di bawah dagu orang putih -- bahawa mereka perlu bangun daripada lena yang panjang, selain menimbulkan kesedaran awal pemikiran politik.

Sebelum menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938, Ibrahim Yaakub memimpin gerakan pelajar, Ikatan Pemuda Pelajar pada 1929, seterusnya pada 1930, Ikatan Semenanjung Borneo, yang berpusat di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, sehinggalah British menghancurkan gerakan itu pada 1932.

Sekiranya nasionalis Umno hanya baru sedar untuk membebaskan diri daripada penjajahan selepas konsep Malayan Union diperkenalkan pada 1946, anak-anak Melayu yang terdidik di Timut Tengah, terutama di Universiti Al-Azhar sudah menjiwai roh kemerdekaan sejak awal 1900-an lagi, dipengaruhi mujaddid agung Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh dan Rashid Ridha.

Tidak hairanlah apabila majalah al-Imam, yang dikeluarkan pada 22 Julai 1906 di Singapura oleh tokoh-tokoh pembaharu Islam, Kaum Muda, mengungkapkan dengan jelas tujuan penerbitannya: "Mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan."

Dari segi organisasi yang lebih teratur, perjuangan ini diteruskan dengan kelahiran Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak, pada 14 Mac 1948, di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Dalam kenyataannya pada 26 April 1948, Dato Onn Jaafar mengingatkan satu lagi "bahaya dari gunung" dan menyifatkan "Parti Islam itu Merah". Onn berjaya menghasut British bahawa Hizbul Muslimin prokomunis.

Melalui Akta Darurat 1948, pada 29 Julai tahun sama, semua pemimpin Hizbul Muslimin, termasuk Abu Bakar, ditangkap dan dipenjarakan sehinggakan tiada yang tinggal untuk memimpin. Parti itu turut diharamkan. Ramai pengkaji menyifatkan penubuhan PAS pada November 1951 adalah kesinambungan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan penjajah itu.

Saya tidak bermaksud mahu bermain dengan fakta sejarah. Saya percaya perdebatan status Tanah Melayu, sama ada sebagai negara jajahan ataupun naungan British akan menarik pembabitan lebih ramai sejarahwan yang jujur dengan ilmunya untuk berkongsi pandangan.

Implikasi perbahasan itu juga menjangkaui skop yang jauh lebih besar, termasuk memberi kesan besar terhadap situasi politik terkini. Ia bukan lagi berlegar di sekitar kontroversi Mat Indera dan Bukit Kepong semata-mata. Dan inilah yang saya jangkakan dalam tulisan saya sebelum ini.

Isu ini mulanya dicetuskan oleh Utusan Malaysia bagi menjerat Mat Sabu dan PAS itu sendiri, iaitu sebuah parti yang dilihat bakal memberi saingan paling sengit buat Umno, khususnya untuk merebut simpati dan sokongan pengundi Melayu dalam PRU13. Ia juga diharapkan BN bagi menenggelamkan isu-isu membabitkan kepentingan rakyat, seperti kenaikan harga barangan dan pelbagai skandal kewangan, serta yang terbaru caj perkhidmatan enam peratus telefon prabayar.

Menjadi kelaziman kepada strategis Umno untuk meneropong kegiatan dan kenyataan pemimpin pembangkang dengan sehalus-halusnya, untuk dimanipulasi dan diputarbelitkan, bagi menggambarkan kepada rakyat kelemahan Pakatan Rakyat.

Saya boleh bersetuju dengan pandangan seorang rakan yang mengingatkan bahawa dalam PRU13 nanti kemenangan bukan ditentukan oleh kehebatan parti atau calon yang bertanding, tetapi difaktorkan oleh "kesilapan paling minimum" yang dilakukan parti atau calon berkenaan.

Maknanya, mereka yang melakukan kesilapan lebih banyak akan mudah untuk ditumpaskan.

Di peringkat awal, nampak kenyataan Mat Sabu mengenai Mat Indera itu (dan bukannya tentang sejarah kemerdekaan negara) seperti mudah dieksploit Umno, terutama kepada bekas anggota keselamatan dan orang-orang tua di kampung-kampung, tetapi apabila skop perbincangannya menjadi lebih meluas, saya yakin kedudukannya menjadi lebih seimbang.

"Saya rasa kesungguhan luar biasa media Umno menimbulkan isu Mat Sabu, Mat Indera dan sejarah kemerdekaan negara ini boleh menikam balik dirinya," rumus seorang penganalisis politik.

"Apa pun, saya ingatkan kepada pemimpin pembangkang, berhati-hatilah daripada terjebak dengan perangkap Umno menjelang pembubaran Parlimen. Banyak isu yang sedia memihak Pakatan Rakyat, selain menampilkan gabungan mantap yang diyakini rakyat untuk mengambil alih Putrajaya," tambahnya.

Sekurang-kurangnya kini terpampang dengan lebih jelas wajah Umno yang propenjajah, di mana pemimpinnya sejak sebelum merdeka sehinggalah hari ini, lebih memikirkan soal kepentingan dan kesenangan diri. Dengan kata lain, Umno dan British saling perlu-memerlukan.

Dalam buku Perniagaan British di Malaysia Pascapenjajah 1957-70 (terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010), Nicholas J White mengungkapkan: "Pada masa bunga tahun 1959, usaha diambil pada peringkat menteri untuk mendekati pelbagai pemimpin perniagaan British bagi mendapatkan dana bagi membantu Perikatan dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Diharapkan M$500,000 dapat dikumpulkan daripada perniagaan Eropah. Oleh sebab wakil ekspatriat memang dijangka kehilangan tempat mereka dalam badan perundangan Malaysia pada akhirnya, maka Tan Siew Sin, Menteri Perdagangan dan Industri, menjelaskan bahawa firma British 'pasti menyumbang untuk menyokong kerajaan yang memegang tampuk kuasa, dan kerana (mereka) tidak mungkin mengharapkan layanan lebih baik daripada mana-mana parti yang lain berbanding dengan layanan oleh Perikatan, sudah tentu dasar yang baik bagi mereka adalah untuk berusaha sedaya upaya demi memastikan Perikatan terus memegang kuasa dengan besar'."

Thursday 8 September 2011

Hidup tak mahu susah?

Sesungguhnya meladeni perjuangan ini akan dihidangkan dengan pelbagai kesusahan. Bukan berjuang namanya jika tak mahu susah. Bukan ahli gerakan namanya jika tak mahu susah. Bukan perjuangkan Islam namanya jika tak mahu susah.

Para ulamak, murabbi dan ustaz kita sudah cukup lama dan telah berbuih mengajar serta mengingatkan ahli gerakan tentang peri pentingnya memahami tentang apakah yang sedang kita hadapi ini. Kehidupan yang akan kita lalui bukanlah kehidupan yang mudah. Hidup ini akan ditemani dengan kesusahan. Kerja lebih banyak daripada masa yang ada. Kesenangan orang lain belum tentu dapat kita raih. Tapi yang pasti, kesusahan kita orang biasa tak mungkin dapat rasa.

Mendukungi perjuangan ini perlu diletakkan pada nombor "wahid". Andai ia bertembung dengan urusan yang hampir sama penting seperti urusan keluarga, kerja dan lain-lain urusan dunia, ia boleh tidak jadi nombor "wahid" tapi ia tetap tidak boleh diabaikan. Lihatlah yang mana lebih aulawiat. Namun jika mengutamakannya akan mendapat ganjaran yang lebih daripada Allah. Berkata memang mampu, melaksanakannya agak payah. Sang ustaz pun terkadang dilema apabila menghadapi pilihan antara urusan dunia dan perjuangan, apatah lagi orang lebih lemah. Oleh kerana itulah perjuangan ini dikatakan sangat susah oleh manusia yang paling kita cintai. Tidak semua mahu menjadikannya pakaian dalam hidup.

Sabar adalah ubat yang paling mujarab menghadapi kesusahan ini. Tiap kali susah maka bersabarlah. Susah dan sabar itu perlu seiring. Jika terpisah, akan meranalah iman, tergugatlah tindakan. Ingatlah bahawa anda sedang menolong Allah dan Allah pasti akan menolong kalian. Sampai bila perlu sabar? Jawapannya, sampai akhir hayat yang dimiliki. Itupun jika nafas perjuangan kita sampai di tenggorokan tatkala malaikat maut melaksanakan amanahnya.

Satu lagi ubat mujarab ialah berhenti daripada melayari bahtera perjuangan ini. Pada masa ini, semua yang tidak dapat dimiliki semasa berjuang akan dimiliki semula. Yang paling jelas, Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia. Cubalah makan ubat ini. Tapi hati-hati ya... Kesannya amat buruk. Sehingga mampu membakar tubuh badan yang ada. Manakan tidak, syurga yang kita cuba gendong selama ini telah terlepas daripada gendongan. Yang sedang mengejar adalah neraka panas membara.









Warga Media Antarabangsa di Somalia

Tanpa kehadiran mereka, dunia tidak akan mengetahui apa yang berlaku di Somalia...

Wartawan CNN

Wartawan BBC dan CNN


Wartawan ABC di Somalia

Wartawan BBC di Somalia

Jurukamera Malaysia di Somalia. Tahniah buat pihak media yang sentiasa menjaga keselamatan dan kebajikan para petugas mereka...



Keselamatan petugas media adalah keutamaan, itulah antara etika di alam jurnalisme...

Islamkan Hari Raya dan Merdeka kita

Ketika menyambut ketibaan Syawal maka marilah kita sama-sama menghitung diri samada tarbiah sebulan Ramadhan telah mampu menundukkan hawa nafsu atau kita yang semakin tunduk pada hawa nafsu dan syaitan. Bagaimana dengan solat jemaah dan masjid semakin meriah atau kembali lengang kosong. Bagaimana dengan zikrullah dan amalan sunat yang lain semakin bertambah atau ditinggal terus. Bagaimana kita dengan al-Quran samada semakin rapat atau sudah disimpan dan dilupakan. Bagaimana dengan makan minum kita samada berhati-hati dengan menjaga halal haram dan tidak berlebihan atau lebih suka melempias nafsu makan hingga melebihi had dan membazir. Adakah kita layak melaungkan takbir kemenangan dengan kedatangan Syawal sedangkan kita tewas pada hawa nafsu dan syaitan terutama ketika menyambut hari raya. Ini jauh bezanya dengan pejuang Islam dahulu yang bukan sahaja berjaya menewaskan hawa nafsu malah berjaya mengalahkan musuh di medan perang seperti dalam peperangan Ahzab, Hunain yang berlaku dalam bulan Syawal.

Sesuai dengan sambutan hari raya pada tahun ini dalam susana sambutan hari Kemerdekaan negara kali ke-54 maka marilah kita sama-sama melihat perbezaan ketara antara 2 golongan yang menyambut 2 perayaan ini. Orang yang berjaya dalam tarbiah Ramadhan akan menyambut hari raya penuh kesyukuran dengan memperbanyakkan amal ibadat sedangkan golongan yang gagal dalam tarbiah Ramadhan biasanya akan memenuhi hari raya mereka dengan maksiat. Golongan yang betul-betul menghayati erti kemerdekaan maka mereka terus bersemangat untuk mengisikan kemerdekaan dengan ajaran dan roh Islam. Manakala golongan yang kedua dan gagal dalam menyambut kemerdekaan ialah golongan yang hanya mendabik dada seronok sambut merdeka dengan cara hiburan penjajah, berpakaian dan bergaul bebas seperti penjajah, mengagungkan pemikiran dan sistem perundangan penjajah. Golongan ini hanya tahu melaungkan kalimah merdeka sedangkan dirinya terus dijajah.

Penjajahan sesebuah bangsa dan negara kebanyakannya membawa suatu perubahan yang besar kepada rakyat dan keadaan negara yang terjajah. Kebiasaannya setiap penjajahan kuffar terhadap negara umat Islam akan membawa 3G yang menjadi matlamat utama penjajahan iaitu [1] God iaitu Tuhan atau agama penjajah, [2] Glory iaitu kemasyhuran dengan kejayaan penjajahan yang dilakukan dan [3] Gold iaitu mengaut keuntungan daripada hasil mahsul yang didapati di negara jajahan. Kedatangan Portugis ke Tanah Melayu dengan runtuhnya Empayar Kesultanan Melayu memulakan era penjajahan di negara kita. Penjahan kuffar ini bukan sahaja mengubah sistem politik, sosial dan ekonomi Islam kepada sistem ciptaan manusia malah penjajah turut berjaya melahirkan umat Islam yang berfikiran penjajah melalui sistem pendidikan yang begitu memberi kesan besar hingga hari ini. Penulisan sejarah yang diajar di sekolah dan universiti tidak banyak menyentuh berkenaan matlamat menghancurkan Islam melalui penjajahan sebaliknya lebih banyak disentuh hanya untuk mengaut emas dan rempah sahaja. Malah peranan ulama’ dan pejuang kemerdekaan yang betul-betul melawan penjajah digelapkan sebaliknya anak buah penjajah Bristish diagung-agungkan. Malah akhir-akhir ini suara marah kepada komunis begitu kuat bergema sedangkan cara pemikiran komunis terus subur antaranya menganggap agama sebagai candu masyarakat iaitu merbahaya dan boleh memundurkan negara jika agama dipegang kemas oleh rakyat. Golongan ini begitu takut jika rakyat kembali kepada Islam yang boleh menggugat kuasa mereka.

Kebanyakan Negara umat Islam yang sudah merdeka tetapi terus dipenjara. Mereka bangun melaungkan bahawa mereka telah bebas sedangkan mereka terus diberkas. Benarlah kata-kata seorang tokoh Islam bahawa kita tidak sepatutnya bergembira dengan kembalinya penjajah ke Negara mereka sebaliknya kita sepatutnya bergembira bila pemikiran, roh dan undang-undang penjajah hilang daripada terus membelenggu umat Islam dan Negara kita. Kita dapat saksi sendiri walau pun sudah 54 tahun kita merdeka namun penjajahan musuh Islam terus berlangsung tanpa tentangan malah dialu-alukan terutama melalui Propaganda Yahudi yang dinamakan senjata 5S. Senjata 5S yang dimaksudkan ialah [1] Song iaitu hiburan yang melalaikan, [2] Spirit iaitu mabuk arak dan dadah, [3] Sex iaitu meluasnya zina sehingga baru-baru ini akhbar memuatkan berita bagaimana sekolah mengandung di Melaka perlu tambah bangunan kerana semakin ramai mereka yang mengandung luar nikah ingin memasukinya. Yang seterusnya ialah [4] Sport iaitu sukan sehingga yang gila sukan tanpa rasa salah meninggalkan solat. Senjata yahudi ke [5] Smoke iaitu amalan merokok kerana kebanyakan syarikat rokok milik yahudi sedangkan yahudi begitu bersungguh melarang penganutnya daripada merokok ketika mereka menggalakkan orang lain untuk cepat mati dengan amalan merokok disamping menambah keuntungan dengan hasil jualan rokok.

Oleh itu sempena berada pada hari mulia dan bulan yang mulia marilah kita sama-sama memerdekakan diri kita daripada menjadi hamba kepada hawa nafsu dan syaitan serta musuh Islam. Biarlah takbir yang kita laungkan menyambut kemenangan menjadi hamba Allah bukan kembali menjadi hamba hawa nafsu dan syaitan. Biarlah laungkan merdeka yang kita laungkan menyambut kemenangan dalam menghalau sistem dan pemikiran penjajah keluar dari diri dan Negara tercinta bukan mulut kata benci penjajah sedangkan tindakan terus memuja penjajah. Islamkanlah sambutan hari raya kita. Islamkanlah sambutan hari merdeka Negara kita. Islamlah kita dalam semua cara hidup barulah kita berjaya dunia akhirat.

Salam Aidilfitri

Posting ini sepatutnya diterbitkan pada 29 Ramadhan 1432 H yang lalu.

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Justeru anak muda ingin menyeru kepada semua agar mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut:

1) Penuhi hari raya kita dengan amal ibadat disamping menjauhi larangan Allah seperti membuka aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, hiburan melampau dan sebagainya.

2) Buktikan diri kita sebagai hamba Allah bukannya hamba Ramadhan. Jangan pada bulan Ramadhan sahaja kita melawan hawa nafsu sedangkan bila menyambut hari raya maka kita menjadi hamba kepada nafsu yang menyuruh kepada kejahatan.

3)Jangan jadi golongan yang keluar daripada Ramadhan dalam keadaan dosanya belum lagi diampuni oleh Allah. Tidakkah kita berasa malu menyambut hari raya dengan amalan maksiat sedangkan hari raya adalah anugerah Allah. Kita tidak mahu termasuk dalam golongan yang jauh daripada rahmat Allah.


4) Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji Allah yang berkumandang setiap kali tibanya hari raya mestilah meresap ke dalam hati sanubari bukan setakat disebut di mulut sahaja. Pastikan laungan hari raya itu dijadikan ikrar taat setia kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kita. Laksanakan apa yang dinyatakan di dalam gema takbir dan tahmid itu.

5) Nikmat hari raya ini mesti digunakan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim sesama kita. Jadikanlah hari raya untuk menyuburkan kembali kasih sayang supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang memutuskan silaturrahim.

6) Ingatlah Islam meletakkan ibubapa di tempat yang mulia. Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa, kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibubapa. Mohonlah keampunan daripada mereka. Sekiranya ibubapa kita telah meninggal dunia jangan lupa untuk kita doakan kesejahteraan mereka ketika berada di alam barzakh dan akhirat nanti.

7) Berlalunya Ramadhan bukan bererti berpisahnya kita daripada hidup bersama al-Quran. Bukan sahaja dari sudut pembacaan malah meliputi pemahaman seterusnya pelaksanaan. Terusakan membaca, mentadabbur dan paling penting melaksanakan sistem al-Quran dalam setiap aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.

8) Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan yang telah kita sama-sama lalui. Tapi jangan kita lupa kepada saudara kita yang berada di Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand yang dilanda peperangan. Tidak ketinggalan krisis kebuluran dan perang saudara di Somalia yang memerlukan perhatian dan bantuan yang sewajarnya daripada kita semua. Juga beberapa negara umat Islam yang lain sedang menghadapi perang saudara kerana mahu menggantikan pemimpin yang zalim seperti di Syria setelah musuh Islam memainkan peranan besar dalam menggulingkan Gaddafi di Libya. Tumbangnya pemimpin diktator satu demi satu terutama di bumi Arab dan Afrika bermula di Tunisia diikuti Mesir merebak ke Yaman menyedarkan semua pihak bahawa tiada kerajaan yang mampu kekal terutama jika diperintah secara zalim. Kita doakan semoga pertukaran pemimpin baru lebih menguntungkan Islam dan umatnya bukannya meneruskan lagi kezaliman dan jahiliah pemimpin sebelum ini.

Pengkhianat atau pejuang

  1. ‎Sejarah tercatat bakal menyaksikan dua manusia, pengkhianat atau pejuang. Apabila memandang skop penjajah, hampir semua pejuang tanah air dianggapnya pengkhianat…antaranya Tok Janggut, Tok Ku Paloh, Hj Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, Dato Bahaman…sejak aku belajar sejarah, UMNO lebih ditonjolkan sebagai hero kemerdekaan negara. Aku percaya, sebab waktu aku ambil exam SPM…ikut saja fakta dalam buku teks….
  2. Mengapa orang belajar agama seperti para ulama yang menuntut kemerdekaan ketika itu dilabel “berhaluan kiri” dan “gerakan bawah tanah”…? Kenapa orang yang menentang Komunis dilabel hero sedangkan yang menentang British dianggap pengkhianat…? Tok Janggut dulu menentang British, Tok Janggut dilabel sebagai pengkhinat…Mat Indera juga menentang British (melalui PKM) juga dilabel pengkhinat…siapa pejuang pula? Memang aku serabut fikir benda tu dulu…tapi dah nak exam SPM, aku hafal dan hadam saja sejarah buku teks tu.
  3. Dah besar sikit, aku mula lebih mengenali. Lebih2 lagi apabila aku baca buku-buku karangan Ust Ridhuan Mad Noor yang menceritakan peranan Ulama Ketika Zaman Kemerdekaan, dan beberapa lagi buku sejarah terutama kebangkitan Islam di Malaysia. Baru aku faham…buku teks sejarah yang baca dulu masih samar-samar tentang erti sejarah yang sebenar, golongan agama tidak akan ditonjolkan sebagai pejuang sebenar tetapi yang mampu “berbaik” dengan penjajah itu adalah hero sebenar kemerdekaan.
  4. Tak semudah itu British memberikan kemerdekaan melainkan ditinggalkan pasak yang kukuh kepada tanah jajahan. Justeru, jadilah diri untuk perjuangan yang asli demi agama bangsa dan negara. Aku mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua pejuang dan “pengkhianat” negara kerana perjuangan mereka kita menghirup keamanaan sekarang. AL Fatihah.

Wednesday 29 June 2011

Purdah Ayat-ayat Cinta

Untuk Muslimah yang berpurdah atau ingin berpurdah tapi tidak tahu nak cari di mana, kami ada menawarkan jualan purdah/niqab secara online.


Purdah/niqab sama seperti yang dipakai oleh Aisha dalam filem Ayat Ayat Cinta.

2 pilihan Purdah Ayat Ayat Cinta:
PA 01 - Purdah Ayat Ayat Cinta Hitam (RM 10)
PA 02 - Purdah Ayat Ayat Cinta Berwarna (RM 10)

Warna Purdah Ayat-Ayat PEACH & CREAM sudah KEHABISAN STOK. Terima kasih

Purdah Arab

Purdah atau niqab seperti yang digunakan Muslimah Arab.
Material diperbuat daripada kain chifon lembut, dibekalkan terus dari Saudi Arabia.

2 pilihan Purdah Arab:
PR 01 - Purdah Arab 1 Lapis (RM 14)
PR 02 - Purdah Arab 2 Lapis (RM 19)


Tudung Labuh 3 Segi




2 pilihan tudung:
TK 01- 06 - Tudung Labuh Kashibo Plain Hujung Kain Berjahit Tepi RM28
TS 01 - 06 - Tudung Labuh Sandwash Plain Hujung Kain Berjahit Tepi RM22

Monday 16 May 2011

Suara Anak Muda (Bilangan 40)

depan

belakang

Suara Anak Muda (Bilangan 39)

depan

belakang

Suara Anak Muda (Bilangan 38)

depan

belakang

Wednesday 27 April 2011

Suara Anak Muda (Bilangan 37)


depan

belakang

Suara Anak Muda (Bilangan 36)

depan

belakang

Suara Anak Muda (Bilangan 35)

depan

belakang

Suara Anak Muda (Bilangan 34)

depan

belakang

Monday 28 March 2011

Suara Anak Muda (Bilangan 33)


depan

belakang

Monday 21 March 2011

Ukhuwwah Islamiyyah

Mukaddimah

Sesungguhnya Ukhuwwah Islamiyyah atau persaudaraan Islam merupakan manifestasi daripada aqidah dan keimanan sebenar seseorang Muslim. Al-Syahid Hassan Al-Banna telah menyifatkan, "Ukhuwwah ialah ikatan hati dan jiwa yang diasaskan oleh aqidah. Di mana aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. Ia juga merupakan natijah keimanan, manakala perpecahan adalah sebahagian dari kekufuran."

Setiap Muslim perlulah memahami bahawa perpaduan dan kesatuan merupakan suatu kekuatan. Kesatuan tidak akan lahir tanpa kasih sayang. Darjat kasih sayang yang paling rendah ialah seseorang itu merasa senang dan tenteram terhadap saudaranya. Manakala darjat yang paling tinggi ialah seseorang itu mampu mengutamakan saudaranya melebihi dirinya sendiri. Sifat ini juga disebut "Ithar".

Pengertian Ukhuwwah Ukhuwwah Islamiyyah (persaudaraan Islam) merupakan anugerah suci dari Allah SWT. Ia juga sebagai suluhan Rabbaniah dan nikmat Ilahiyyah. (Ruj. Abdullah Nasih Ulwan; Ukhuwwah Islamiyyah).

Ukhuwwah merupakan kurniaan Allah yang diberikan kepada hamba-hambanya yang ikhlas, penolong-penolongnya dan orang-orang yang membersihkan jiwa mereka untuk Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mukmin dan menyatukan hati-hati mereka. Sekiranya kamu belanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukannya. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Anfal: 62-63).

Ukhuwwah merupakan kekuatan iman seseorang. Ia melahirkan perasaan lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati serta saling percaya mempercayai di kalangan setiap mereka yang bertanggungjawab melaksanakan tuntutan aqidah. Ukhuwwah juga merupakan sifat yang berkait rapat dengan iman dan taqwa.

Tiada ukhuwwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwwah. Begitu juga tidak ada persahabatan tanpa taqwa dan tiada taqwa tanpa persahabatan. Adapun tiada ukhuwwah tanpa iman dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara." (Surah al-Hujurat: 10).

Dalam ayat yang lain Allah SWT menjelaskan bahawa tiada persahabatan tanpa taqwa. Maksudnya: "Teman-teman rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa." (Al-Zukhruf: 67).

Kelebihan Ukhuwwah

Bagi mereka yang menghayati konsep ukhuwwah Islamiyyah di dalam kehidupan, mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu. Hal ini dapat dilihat melalui hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Wajah mereka bercahaya:

Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Segolongan di antara hamba-hamba Allah yang mereka bukanlah nabi, bukan para shuhada". Sehinggakan para nabi dan para shuhada' merasa iri hati terhadap ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah pada hari qiamat kelak. Para sahabat berkata. "Beritahulah kami wahai Rasulullah siapakah mereka?" Baginda menjawab, "Mereka ialah orang yang saling mengasihi kerana Allah, bukan kerana hubungan keluarga, bukan kerana harta yang boleh diunjuk ambil. Demi Allah sesungguhnya muka-muka mereka seperti nur dan sesungguhnya mereka mengatasi nur, mereka tidak takut apa yang manusia lain takut dan mereka tidak bersedih terhadap apa yang manusia sedih."Mendapat perlindungan Arasy Allah pada hari qiamat; Muslim meriwayatkan sabdaan Rasulullah s.a.w. bermaksud; "Sesungguhnya Allah Taala akan berkata pada hari qiamat kelak: "Di mana orang-orang yang saling berkasih sayang demi kerana kebesaran-Ku, hari ini.Aku lindungi mereka di bawah lindungan-Ku, tiada ada lindungan selain dari lindungan-Ku." Merasai kemanisan iman;

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim Rasulullah s.a.w. bersabda; Tiga macam orang yang mendapat kemanisan iman; iaitu orang yang mengasihi Allah dan Rasul-Nya melebihi rasa kasihnya kepada yang lain, yang mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah dan yang membenci kepada kekufuran setelah ia diselamatkan dari kekufuran sama seperti dia benci untuk melompat ke dalam api.

"Mereka dilimpahi kasih Allah; Imam Malik meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Allah berfirman: "Telah Aku wajibkan kasih-Ku kepada (setiap) dua orang yang saling berkasih sayang kerana-Ku, yang saling ziarah menziarahi kerana-Ku dan saling beri memberi kerana-Ku."

Syarat Ukhuwwah pada jalan Allah

Di antara syarat-syarat ukhuwwah yang seharusnya dipenuhi oleh setiap Muslim yang menghayati konsep ukhuwwah sebenar ialah seperti berikut: Ikhlas kerana Allah; Ukhuwwah yang sebenar tidak akan lahir sekiranya hubungan yang terjalin di antara mereka di atas dasar dan matlamat selain daripada Allah SWT.

Oleh itu, bagi setiap pendakwah perlulah memastikan hubungan mereka di antara sahabat-sahabat sefikrah dan sewadah mestilah kerana Allah dan bukanlah kerana kepentingan yang lain dari-Nya. Apabila keadaan ini berlaku, maka akan lahirlah keberkatan dalam bersaudara seterusnya membuahkan kemanisan berukhuwwah. Justeru, ia melahirkan kemanisan bekerja di kalangan ahli jamaah lantaran kasih sayang, tanggungjawab, keprihatinan dan bantu membantu di kalangan mereka.

Sebenarnya, situasi ini merupakan elemen penting yang menjamin kelancaran dan kejayaan kerja-kerja dakwah. Disertakan dengan keimanan dan taqwa; Ukhuwwah Islamiyyah menuntut kepada keimanan dan ketaqwaan di antara mereka yang bersaudara. Lazimnya, jalinan ukhuwwah sebenar adalah sukar untuk dibina di kalangan individu-individu lemah keimanannya dan nipis ketaqwaan.

Bertanggungjawab terhadap manhaj Islam; Bagi mereka yang berukhuwwah pada jalan Allah hendaklah saling nasihat menasihati saudaranya kerana Allah. Saling tegur menegur dan bersikap tegas dan ikhlas dalam memperbaiki kelemahan atau kecacatan saudaranya kerana Allah. Rasulullah s.a.w. sendiri telah berbai'ah dengan para sahabat untuk mendirikan sembahyang, membayar zakat dan memberi nasihat kepada setiap Muslim.

Cara-cara untuk mengukuhkan ukhuwwah Islamiyyah

Ukhuwwah Islamiyyah hanya akan lahir dan subur melalui keyakinan dan amalan. Hal ini bersesuaian dengan sifat Islam yang bersifat teori dan juga mengutamakan praktikal.

Di samping keimanan, setiap Muslim perlu berusaha memastikan tingkah laku serta pergaulan harian mereka akan menyuburkan semangat ukhuwwah di kalangan mereka. Di antara tatacara yang boleh membantu dalam memperkukuhkan ukhuwwah di kalangan kita ialah:

1) Apabila saudara mengasihi seseorang kerana Allah. Maka ia hendaklah memberitahunya bahawa ia mencintainya.

2) Hendaklah melazimkan berjabat tangan apabila bertemu dengan seseorang.

3) Hidupkan program ziarah-menziarahi dari semasa ke semasa.

4) Hendaklah megucapkan tahniah kepada saudaranya pada tempat yang munasabah.

5) Lazimkan memberi hadiah dalam keadaannya yang sesuai.

6) Berikanlah keutamaan dalam menunaikan hajatnya.

7) Hendaklah memberikan hak-hak ukhuwwah kepadanya. Sama ada hak-hak umum atau hak hak ukhuwwah yang khusus.

Kesimpulan

Ukhuwwah Islamiyyah yang mantap di kalangan pendokong-pendokong perjuangan Islam merupakan kekuatan dalaman jamaah yang sukar digugat. Melaluinya akan lahirlah pejuang-pejuang yang thabat, istiqomah dan bersedia berkorban untuk kepentingan Islam. Mereka juga ibarat mata rantai yang kukuh bagi jentera yang kecil tetapi mampu menggerakkan beban yang besar

Thursday 17 March 2011

Suara Anak Muda (Bilangan 32)


depan

belakang

Tuesday 15 March 2011

Umat Islam kini : Satu pengamatan

Umat Islam mengikut taarif Allah S.W T adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan diantara umat manusia kerana mereka sentiasa berjihad menegakkan Al-Maaruf dan di waktu yang sama juga mereka mencegah yang mungkar. Mereka adalah contoh yang terbaik dan pilihan kerana mereka yakin akan wujudnya Allah S.W.T dan percaya sepenuhnya kepada janji-janji Allah, mereka beriman kepada Allah S.W.T dan iman itu ditunjukkan dengan taat dan takwa kepada Allah S.W.T pada setiap saat dalam kehidupan mereka, mahupun apabila mereka sesama mereka ataupun mereka keseorangan diri.

Mereka sedar bahawa belumlah betul-betul dinamai Iman jika belum mendorong orangnya untuk bekerja keras, menerus dengan kerja-kerja Islam (Amal Islami) dan menyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada orang lain belum lagi merasai kemanisan dan menikmati cara hidup Islam. Sesungguhnya tepatlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Iman itu bukanlah angan-angan dan bukan pula perhiasan tetapi Iman itu adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan amalan.”Itulah umat yang terdahulu yang mendapat didikan Iman dari Madrasah Rasulullah S.A.W yang mana sumber didikan mereka hanya sanya Al-Quran, menilai Rabbani yang sentiasa mendidik dan membetuli mereka dan setiap aktiviti mereka di dalam kehidupan samada dalam bentuk fikiran, tindakan dan amalan. Di sana masih ada perbezaan yang jauh antara ummat Islam kini dan jenerasi Al-Quran yang pertama dahulu yang mana di dalam jiwa mereka terdapat Iman yang bergelora, menyala, cermat dan waspada. Sebaliknya Ummat Islam kini mereka mempunyai Iman yang bisu, mandul, tidur nyenyak dalam jiwa dan mereka tidak mematuhi hukum dan tuntutan Iman itu sendiri.

KEADAAN DAN MASALAH YANG SAMA

Sesungguhnya segala keadaan dan corak hidup yang ada di seluruh dunia Islam pada hari ini adalah sama saja. Keadaan Umat Islam yang sebenarnya telah menyerah kalah kepada pemikiran-pemikiran dan cara hidup yang menggunakan akal fikiran sebagai inti wahyu Illahi. Tiada penafian dalam hal ini kerana masyarakat Islam telah begitu lama dijajah (tanah air dan fikiran) telah jauh dari hakikat hidup dari kacamata Islam. Perhambaan diri mereka tidak hanya sanya pada Allah S.W.T semata-mata sedangkan mereka mengucap dua kalimah Syahadah, mengerjakan sembahyang, berpuasa, mengeluarkan Zakat dan menunaikan Haji di Baitullah.

Apabila kita meninjau ke seluruh pelusuk alam ini, nescaya kita dapat melihat keadaan sebenar Umat Islam pada hari ini. Ratusan ummat-ummat Islam tidak lagi digeruni oleh musuh-musuh mereka, malah umat Islam dipermain-mainkan sesuka hati oleh angkatan Jahiliah yang diketuai oleh Syaitan, umat Islam seolah-olah dibius, jiwa mereka rendah, peribadi mereka juga rendah serta natijah mereka juga dipandang rendah. Kemanakah hilangnya tradisi kegemilangan, kekuatan Islam yang pada satu ketika dulu tradisi telah dapat menarik penganut-penganut cara hidup yang bukan Islam kepada cara hidup Islam.

Wujudnya situasi yang sebegini rupa adalah kerana ummat Islam sendiri telah jahil akan tujuan sebenarnya Islam itu diturunkan kepada seluruh ummat manusia. Umat Islam kini tidak tahu menghargai Pimpinan Illahi dan merasa rendah dikira apabila menyebut Islam. Umat Islam pada hari ini tidak boleh lagi dipanggil sebagai umat Islam, Islam itu tetap ada tetapi ummatnya adalah umpama jasad tanpa nyawa, sebenarnya mereka juga sendiri daripada angkatan jahiliah kerana:

1) Tidak beriman sebenarnya dengan Allah S.W.T. Nampak jahiliah itu dalam bermacam-macam keadaan, tindakan dan aktiviti. Mereka tidak menyerah semua urusan hidup mereka kepada Allah S.W.T. Iman yang sebenarnya ialah dengan menjadikan hanya Allah sahaja sebagai Illah. Perintah dan undang-undang Allah sahaja yang diterima dan dipatuh. Jika tidak, maka uluhiyyatillah kita masih tidak sempurna.

2) Mengikut Hawa Nafsu. Jahiliah dengan hawa nafsu adalah seiringan. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Jaatsiyah (45) ayat 18 yang bermaksud: “Kemudian kami jadikan kamu berada di atas Syariat (peraturan) dari urusan (Deen) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui” Sekiranya hawa nafsu menghukum walaupun pengikut syariat Allah S.W.T maka masih dikira jahiliah. Hakikat hawa nafsu menghukum ialah ianya berbeza mengikut keadaan dan masa.

3) Mengikut Thaghut. Firman Allah dalam surah Al- Baqarah ayat 257 yang bermaksud: “Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman,Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (Iman) .Dan orang-orang kafir pelindung-pelindung mereka ialah thaghut,yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan.Mereka itu adalah penghuni neraka,mereka kekal di dalamnya” Dalam surah Annisa’ (4) ayat 76 Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Orang -orang yang beriman berperang di jalan Allah dan Orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kuncu-kuncu syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.” Orang-orang yang beriman kepada Allah berjuang dan berperang kerana Allah S.W.T, tetapi orang-orang Jahiliah berjuang bermati-matian untuk mengikut perintah thaghut.

SIFAT-SIFAT MEREKA YANG HIDUP UNTUK ISLAM

Berbeza dengan sifat-sifat yang tersebut di atas,sifat-sifat mereka yang hidup untuk Islam sepatutnya:

1) Benar-benar terikat dan menurut ajaran Islam, Iman dan amal mereka yang selaras, tidak menyuruh orang berbuat baik tanpa dirinya sendiri berbuat baik dan tidak memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukannya.

2) Mengutamakan kepentingan Islam walau di mana sahaja mereka berada. Musuh-musuh Islam tidak dapat meresap masuk dan mengganggu-gugat dengan apa cara sekalipun.

3) Merasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah. Tidak merasa lemah dan dukacita dengan mehnah dan fitnah yang berada di hadapan mereka.

4) Sentiasa bekerja untuk Islam bersama-sama dengan Aktivis-aktivis (mujahid-mujahid) Islam yang lain dalam berdakwah kepada Allah, menyuruh dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mereka sentiasa bersama Jamaah Ummah dan patuh kepada kehendak dan pimpinan Jamaah tersebut.

SISTEM WAHYU

Sekiranya Iman merupakan penyelamat dan tenaga penggerak kepada pembangunan kepada generasi Al-Quran yang terdahulu maka Iman itu juga yang menjadi penyelamat dan tenaga penggerak kepada jenerasi ummat yang terkemudian. Dan generasi yang terdahulu telah mengambil Al-Quran untuk mencipta Tamadun..... generasi sekarang mesti mengambil Al-Quran untuk menempah semula tamadun tersebut.

Generasi Al-Quran yang pertama dahulu apabila mereka bertindak melakukan sesuatu, dalam apa sahaja bidang yang mereka ceburi mereka tidak pernah malah takut untuk mendahulukan Allah dan RasulNya. Mereka sentiasa menunggu saranan dan teguran wahyu.... dan apabila ditanzilkan wahyu kepada mereka tanpa persoalan lagi mereka terus melaksanakan kehendak wahyu tersebut samada dalam bentuk suruhan ataupun tegahan bagaikan askar-askar yang menurut perintah ketua mereka. Oleh itu kita dalam setiap gerak kerja kita mestilah merujuk terlebih dahulu kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dan bersesuaian dengan waki’ (realiti) serta ikhlas tanpa ada sedikitpun matlamat duniawi.

Sepatutnya sejarah Tanzil (turun) nya Al-Quran itu menjadi contoh kepada kita dewasa ini. Ia ditanzilkan secara munajjaman(beransur-ansur). Hal ini adalah mengikut fitrah manusia itu sendiri, kalau dulu Al-Quran itu mendidik dan berjinak-jinak dengan jiwa-jiwa generasi sahabat secara munajjaman iaitu mengikut perkembangan pemikiran dan sosial mereka, semestinyalah kita mengikutnya demikian juga. Dengan ini bukanlah bererti yang kita tidak perlu menjalankan undang-undang dan peraturan Allah di muka bumi ini disebabkan kita bermula dengan iman tetapi undang-undang Allah telah lengkap dan mesti dipatuhi sepenuhnya. Apa yang kita maksudkan dengan munajjaman di sini ialah khusus dalam pendidikan jiwa kita.

Mungkin ada sebahagian orang akan merasakan proses ini tidak perlu lagi pada zaman yang serba canggih ini, sedarilah dan insafilah bahawa untuk bersemadinya Iman di dalam hati kita dan dapat melahirkan natijah yang positif sangatlah perlu kita kembali kepada satu proses pendidikan semula setiap jiwa-jiwa muslimin yang ikhlas kepada Islam. Kita tegaskan di sini, bahawa Islam bukan sekadar Risalah tetapi ianya juga merupakan Manhaj(cara), sunnah dan perjalanan Rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik manhaj, sunnah itu adalah Haq dan Haq itu adalah daripada Allah Azza Wajjalla.

Proses pendidikan semula itu perlulah menurut satu persatu landasan yang telah dilalui oleh Muhamad Rasulullah S.A.W dan jenerasi sahabat dahulu. Matlamat hidup perlulah diperbetulkan semula, kesungguhan dan keikhlasan kepada proses itu sendiri perlulah ada pada setiap jiwa yang ingin mengikuti proses pendidikan semula Islam itu, jika tidak natijahnya akan bersimpang-siur.

MASA DEPAN DUNIA ADALAH UNTUK ISLAM

Di kalangan ummat Islam yang telah dibius itu telah ada yang sedar, bangun dan mengejutkan saudaranya yang lain. Seorang demi seorang bangun dan bersatu di bawah panji-panji Aqidah Islam. Seluruh dunia sekarang ini sedang menghadapi pergolakan yang dicetuskan oleh mujahid-mujahid ini. Bagi yang mahu kepada kebenaran mereka menyambut baik akan perkembangan ini, tetapi bagi mereka yang menyintai kekufuran, kezaliman, penyelewengan dan kemaksiatan, insiden ini amatlah tidak disenangi dan mereka cuba sedaya upaya mereka samada secara diplomasi atau kuku besi sekalipun untuk melenyapkan cahaya ini.

Kita bersikap optimis bahawa, masa depan dunia adalah untuk Islam memandangkan kepada keadaan masyarakat dewasa ini yang mana sistem-sistem pembikinan manusia yang dipaksakan kepada mereka jelas tidak mampu untuk menyelamatkan manusia dari segala bentuk bahaya dan kezaliman yang sedang berjalan walau atas nama apa sekalipun tetapi amat dibenci oleh masyarakat terbanyak. Optimisnya kita bukanlah bererti kita boleh berpeluk tubuh, memerhatikan keadaan dan menunggu natijahnya tetapi ianya menuntut kepada usaha, tenaga, Ilmu, kedudukan, keikhlasan dari kita yang beriman kepada Allah dengan yang sebenarnya. Oleh itu, perbetulkan Aqidah kita agar Iman kita betul, dengan itu nanti akan benarlah segala amalan kita, Insya-Allah.

PENUTUP

Menyedari bahawa Islam sudah tidak lagi dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat kerana ketandusan Iman, berkepentingan peribadi serta jahil, maka program-program yang positif perlu diambil untuk membetulkan keadaan tersebut. Abul A’la Al Maududi menyarankan supaya diajak manusia supaya kembali beriman kepada rukun-rukun Iman dengan sebenarnya, membersihkan diri dari segala bentuk kepercayaan tahyul, khurafat dan bid’ah dan membentuk serta membangunkan semula konsep kefahaman Islam yang sebenarnya di kalangan masyarakat.

Inilah jalan yang sah dan betul yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan Harakah Islamiyyah melalui susunan tarbiahnya yang rapi.

Thursday 10 March 2011

Suara Anak Muda (Bilangan 31)

depan

belakang

Tauhid menolak jahiliyyah dan membentuk masyarakat Islam.


Islam nizam yang lengkap

Islam adalah nizam atau sistem yang lengkap dan menyeluruh. Islam terbina di atas asas yang kukuh. Islam terdiri daripada rukun-rukun yang besar, cabang-cabang dan ranting-ranting yang kecil saling memaut dan tertegak di atas asas yang kuat. Islam laksana pokok, berasal daripada sebiji benih, kemudian mengeluarkan akar, seterusnya tumbuh batang, dahan, cabang, ranting dan daun sehingga menjadi pokok rendang. Namun setiap helai daun berhubung rapat dengan akar pokok itu.

Islam bererti penyerahan diri

Islam bererti penyerahan diri. Islam menarik manusia daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah Allah Yang Maha Esa dalam semua urusan hidup. Islam dibawa oleh Rasulullah SAW bertujuan untuk memperbetulkan perhambaan manusia sama seperti ia datang melalui para rasul sebelum baginda. Islam datang untuk mengalihkan kepatuhan manusia kepada kehendak dan pemerintahan Allah SWT seperti alam ini yang sentiasa berjalan di atas landasan pemerintahan Allah SWT. Manusia adalah sebahagian daripada alam. Justeru itu manusia dan alam mestilah selaras dalam kepatuhan kepada Pencipta.

Hamba yang memperhambakan diri kepada Allah

Semua manusia adalah hamba Allah SWT. Namun, manusia tidak akan menjadi hamba Allah SWT yang sebenar melainkan apabila dia tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah dengan memegang panji-panji Lailaha Illallah mengikut fahaman: “Tiada kekuasaan yang lain selain daripada kekuasaan Allah SWT. Tiada peraturan yang lain selain daripada peraturan Allah SWT. Tiada syariat yang lain selain daripada syariat Allah SWT. Tiada kekuasaan seseorang ke atas seseorang yang lain, kerana kekuasaan itu seluruhnya kepunyaan Allah SWT.” Hamba-hamba yang beginilah yang akan membentuk rupa bangsa (ummah) yang dikehendaki Islam.

Tauhid menolak jahiliyyah

Mentauhidkan Allah SWT atau mengesakan Allah SWT sebenarnya menolak jahiliyyah. Ini kerana tauhid membawa implikasi mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata dalam semua lapangan hidup, sedangkan jahiliyyah ialah keluar daripada mengabdikan diri kepada Allah SWT, atau tidak melakukan pengabdian kepada-Nya semata-mata. Aqidah yang tidak betul akan melahirkan jahiliyyah. Juga akan terbina di atasnya segala rupa bentuk penyelewengan dalam konsep hidup, tingkah laku dan aktiviti manusia.Aqidah yang betul akan ...

Aqidah yang betul akan meletakkan manusia pada darjat sebenar dan membetulkan tindak-tanduk manusia pada setiap zaman dan tempat. Aqidah yang betul mengarahkan manusia kepada matlamat hakiki melalui jalan sahih. Aqidah yang betul hidup dan nampak kesannya yang sempurna dalam perasaan, tingkah laku, pegangan, konsep dan amalan manusia, tanpa terpisah antara satu sama lain.

Aqidah yang salah melahirkan jahiliyyah

Sekiranya kesan dalam kehidupan manusia berlaku dalam bentuk yang lain daripada yang dinyatakan di atas, bererti ada ciri-ciri jahiliyyah meskipun pelaku-pelakunya mengaku beriman kepada Allah SWT. Kesan jahiliyyah itu lambat laun akan terserlah dengan nyata lantaran aqidah yang salah atau tidak tepat. Orang Arab jahiliyyah pun mengakui ketuhanan Allah SWT, tetapi natijah jahiliyyah tetap tertonjol dalam kehidupan mereka. Firman Allah SWT: “Sekiranya engkau bertanyakan mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Nescaya mereka berkata: Allah.” (Luqman: 25) Walaupun orang Arab jahiliyyah mengetahui Allah SWT, mengakui segala sesuatu ciptaan-Nya dan di bawah tadbiran-Nya, tetapi mereka tidak beriman dalam ertikata sebenar. Mereka menolak peraturan dan hukum Allah S.W.T dalam kehidupan. Mereka tahu tetapi tidak mengikuti apa yang mereka tahu. Mereka memperhambakan diri kepada ilah-ilah yang lain daripada Allah S.W.T. Mereka melaksanakan syari’at yang lain daripada syari’at Allah S.W.T. Mereka disebut Jahiliyyun (golongan yang jahil).

Syari’at dan aqidah tidak boleh dipisahkan

Syariat tidak boleh dipisah dan diceraikan daripada aqidah. Garis pemutusnya ialah sama ada berhukum dengan apa yang Allah SWT turunkan atau sebaliknya (berhukum dengan jahiliyyah). Syariat-Nya sahaja yang berhak dipatuhi dan diikuti. Jika tidak, maka lahirlah jahiliyyah. Oleh kerana jahiliyyah itu tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT, sudah pasti jahiliyyah itu mengikut hawa nafsu. Firman Allah SWT: “Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara kamu menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. (Al-Maidah: 49)

Hanya satu yang benar

1) Kedatangan Islam untuk menetapkan satu tali atau satu alat sahaja yang menghubungkan manusia dengan Allah SWT. Apabila tali itu putus maka tidak ada lagi tali dan alat penghubung yang lain. Firman Allah SWT:“Kamu tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun mereka itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara atau keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah Allah tanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sunagi, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka puas terhadap limpah (rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa golongan Allah itulah golongan yang beruntung.” (Al-Mujadalah: 22)

2) Terdapat satu sahaja golongan Allah SWT. Golongan Allah SWT tidak berbilang-bilang atau berbelah bahagi. Golongan atau puak lain adalah golongan atau puak syaitan dan thaghut. Firman Allah SWT: “Orang-orang yang beriman berperang pada jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang pada jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” (An-Nisa’: 76)

3) Hanya terdapat satu jalan yang boleh sampai kepada matlamat keredhaan Allah S.W.T. Jalan-jalan lain tidak akan sampai kepada keredhaan-Nya. Firman Allah SWT: “Dan yang Kami perintahkan ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan lain, kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu daripada jalan-Nya.” (Al-An’am: 153)

4) Hanya satu sistem yang benar iaitu sistem Islam, manakala sistem-sistem lain adalah jahiliyyah belaka. Firman Allah SWT: “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin? “ (Al-Maidah: 50)

5) Akhirnya, hanya satu negara atau masyarakat yang diredhai Allah SWT iaitu negara Islam atau masyarakat Islam. Masyarakat Islam ialah masyarakat yang di dalamnya tertegak Din Islam, berjalan syariat Islam dan berkuatkuasa peraturan-peraturan Allah. Semua warganya bersatu dan saling hormat menghormati. Negara atau masyarakat yang dimaksudkan itu pernah wujud dan terbentuk pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Tenaga pembentuknya adalah aqidah tauhid yang dibawa oleh Rasulullah SAW mengikut arahan Allah SWT. Jalannya bermula dengan penegakan kalimah tauhid Lailaha Illallah yang membawa manusia tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah SWT.

Jalan yang terpaksa menempuh kesusahan

Tiada jalan lain melainkan satu jalan sahaja untuk mengembalikan Islam dan masyarakat Islam, iaitu jalan iman. Jika di permulaan Islam, iman telah menjadi tenaga pembangunan Islam, maka iman juga mesti menjadi tenaga pembangunan Islam pada zaman mutakhir ini. Jalan untuk sampai kepada pembentukan masyarakat Islam ini terpaksa menempuh kesusahan, rintangan, kesakitan dan sebagainya. Allah SWT Yang Maha Suci, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana tidak bermaksud menyeksa orang-orang mu’min. Malah Allah SWT Maha Mengetahui bahawa inilah satu-satunya jalan untuk menegakkan masyarakat Islam yang tunduk dan patuh kepada-Nya. Jalan inilah yang dapat memebersihkan muka bumi daripada thaghut. Bumi tidak akan bersih melainkan setelah terkibarnya panji-panji Lailaha Illallah.

Senario yang sama

Angkatan pejuang Islam kini sedang menghadapi keadaan yang sama seperti yang dihadapi oleh angkatan Islam pertama. Umat Islam ketika itu adalah golongan yang kecil. Mereka menghadapi empayar besar iaitu Rom di barat dan Farsi di timur. Kedua-dua empayar itu memiliki kekuatan tentera, senjata, kekayaan, kepandaian berperang, pengalaman dan politik yang lebih hebat daripada umat Islam. Walaupun demikian, suatu yang luar biasa dan paling mengagumkan telah berlaku dalam sejarah. Umat yang kerdil ini telah berjaya mengalahkan dua empayar itu dalam masa tidak sampai setengah abad. Bagaimana hal ini boleh terjadi? Hanya satu sahaja dapat memberi penjelasan yang kukuh, iaitu kekuatan Iman. Iman mendorong umat Islam untuk berjihad dengan penuh keberanian.

Perlukan persediaan yang lengkap

Bagi mewujudkan umat Islam sedemikian rupa bukanlah boleh dengan pengakuan mulut sahaja. Sebelumnya mesti melalui susur galur dan perencanaan kukuh, sempurna dan mantap. Dengan ini barulah akan lahir kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi berbagai rupa rintangan dan ancaman. Jahiliyyah tidak menjelma dalam bentuk teori semata-mata. Jahiliyyah wujud dalam bentuk gerakan kemasyarakatan yang serba lengkap. Jahiliyyah telah lama bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat. Oleh itu usaha untuk menghapuskan jahiliyyah mestilah tidak terbatas sekadar teori semata-mata. Bahkan mestilah dilakukan usaha bersungguh-sungguh dengan persediaan yang rapi dalam semua bidang. Usaha yang teratur dan penyusunan yang kuat perlu diwujudkan agar dapat melumpuh dan menghapuskan pengaruh jahiliyyah yang meluas dan melebar.