1 hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 bulan
52 minggu
365 hari
8 760 jam
525 600 minit
31 536 000 saat
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 tahun-70 tahun (majoriti) Puratanya manusia meninggal -+65 tahun
Baligh: Bermulanya diperhitungkan amal seseorang samada baik atau buruknya selama hidup di dunia.
Lelaki baligh : -+ 15 tahun
Wanita baligh : -+ 12 tahun
Usia yang ada untuk kita beribadah kepada Allah SWT, puratanya:
Mati – Baligh = Baki usia = 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50 tahun= 18 250 hari= 438 000 jam
Gambaran Kasar:
Waktu kita tidur -+8 jam setiap hari:
Dalam 50 tahun waktu yang habis digunakan untuk tidur sahaja 18 250 hari x 8 jam= 146 000 jam= 16 tahun 7 bulan, dibundarkan jadi 17 tahun.
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis digunakan untuk tidur, padahal kita akan 'ditidurkan' untuk tempoh yang agak lama sebelum menemui Allah Swt.
Waktu aktiviti kita di siang hari -+ 12 jam;
Dalam 50 tahun waktu yang habis digunakan untuk aktiviti:
18 250 hari x 12 jam= 219 000 jam = 25 tahun dengan aktiviti
Aktiviti di siang hari: Ada yang bekerja, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, tengok movie, chatting, skodeng, merempit, mencuri dan banyak lagi.
Waktu rehat -+4 jam;
Dalam 50 tahun waktu yang digunakan untuk rehat 18 250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung dibuai khayalan……
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud;
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.
Kita tidak menafikan, memang benar.. Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya semata-mata kerana Allah, tetapi kebanyakkanya orang belajar agar mudah mencari pekerjaan.
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah endapatan kita, kita tidak akan belajar..
Kita juga tidak menafikan, memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “
Jadi, bila nak beribadah???
Ermm..mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…!
Kerana kita fikir, solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…
Benarkah solat kita itu sudah mencukupi dan diterima !!?
Berapa banyak solat kita dalam masa 50 tahun???
1 Waktu Solat = -+ 10 minit ….. 5x solat = -+ 1 jam(-+solat sunat)
Dalam masa 50 tahun waktu yang digunakan untuk solat = 18 250 hari x 1 jam =18 250 jam= 2 tahun
Kesimpulan:
Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10 minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..???)
2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna, berpahala dan diterima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun, dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris perasaan/hati orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa.
Logiknya:
Bukan satu perkara yang mustahil buat kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian.
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana.
Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat. Wawasan kita Akhirat!!!
"Setiap Anak Adam akan melakukan kesilapan(dosa), dan sebaik-baik mereka yang berdosa adalah mereka yang bertaubat."
"Sesungguhnya dunia itu diciptakan untuk kamu, dan kamu diciptakan untuk Akhirat."
Thursday, 13 August 2009
Hanya 2 tahun solat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment